Rabu, Disember 28, 2005

Seminggu berlalu

Minggu lepas, seminggu aku takde mood, takde idea nak menulis. Weekend, takde apa yang spesel untuk aku kongsi. Ahad malam, aku balik ke melawati. Di luar, jaja dan lias sedang membakar sate...mmmm....nyam, nyam. Seketika, mak ngah, pak ngah, abg sham, suzi dan mirul pun baru sampai dari PD. Bertolak dari PD jam 6.30, sampai di melawati 9.30...jem kata mereka.

Senin, siangnya kami tak dikunjungi sesiapa hinggalah malam. Acu man dan famili, kawan sekolah mak pun datang. Malam tu kami bakar ayam dan kerang pulak. Hehe, 3 malam berturut2 kami berbarbeque.

Selasa. Pagi aku kuar dgn asben dan anis gi mendaftar sekolah anis. Bayar duit yurannya sekali, alhamdulillah, selesai suku bab. then, ke sekolah Farhan, beli buku. dari situ, kami ke sekolah dekna dengan tujuan yang sama. Kat sana, berduyun2 org. Aku amik no. dalam jam 12 lebih. Tunggu punya tunggu, jam 3 baru selesai. Kepala aku dah start sakit....rupanya tak berhenti sakit sampailah sekarang. Petang, di melawati masih ramai yang datang berkunjung. Bertali arus hinggalah ke maghrib. Sebelum 'Isya, kami bertolak ke Kelana Jaya. Lebih kurang jam 12 malam, mak dan abah pun beransur masuk ke kaunter jemaah bersama beg2 mereka. Aku doakan mak dan abah selamat sampai dan selamat pulang ke pangkuan kami.

Isnin, Disember 12, 2005

Laporan kenduri sempena mak dan abah ke Mekah

Jumaat malam, aku sefamili balik kerumah mak untuk meraikan kenduri sempena mak dan abah nak ke Mekah. Di sana semua adik-beradikku menunjukkan muka kecuali Hakim yang bekerja syif malam. Esoknya pepagi kami dah sibuk berkemas untuk menyambut tetamu yang bakal hadir. Aku dengan tidak memikirkan kesihatanku yang tidak stabil, sama sibuk menolong mak hingga akhirnya betul2 teruk. Di saat dan ketika itu juga aku diserang lelah dan selsema yang sangat mentensenkanku. Selepas bacaan surah Yaasiin dan bacaan doa, aku dan adik2 ku melayan tetamu makan. Adik-beradik mak yang hadir cuma pakwe, yang lain2 takde. Masing2 ada hal....Pakwe datang dgn cucunya 4 org (anak2 Nona), makwe dan Ery. Iwan menunjukkan muka sekejap dengan alasan kena kerja. Menu bufet yang mak tempah dengan Mail ialah Nasi bukhari, ayam goreng berempah, kerabu campur, air asam dan dalca. Manakala kuih-muih yang ditempah pula ialah karipap, seri muka, tepung pelita dan buah2 an. Bahagian air aku yang handle. Aku bancuh air oren sebanyak 3 tabung besar...alhamdulillah mencukupi. Bila Yan (tunang Jaja) datang, dia bawa kuih puteri ayu sekotak...

Tak henti2 tetamu datang. Petang, makcik Mas, abang D and famili termasuk mak, bapak mertua dan adik2 ipar, Izan & kakak angkatnya. Erin, kawan2 ofis mak pun datang. Tetamu akhir yang dtg ziarah pada malamnya ialah Acu Man and family. Lauk dah takde. Nasi bukhari banyak lagi....dengan kuah dalca. Esoknya kami breakfast dgn kuih-muih balance semalam. Nasi putih yang banyak tu Lin goreng. Then, kami berkemas rumah.

Tghari, mak dan abah ke rumah kenduri kahwin di Jalan F1. Sebelum tu Ipah, Aqilah dan Lin ke Gombak dgn abah...urusan masing2. Jam 3, asben bawak dekna, anis dan farhan ke rumah classmate dekna, Iman Anugerah Makmur kat Taman Watan sempena meraikan birthday Iman. Lin, Nana, Ipah dan Aqilah plak ke KL sibuk nak cari slipar. Tinggallah aku berkemas dirumah, Aina dah tido. Lewat petang kami bertolak balik. Singgah di restoran mamak layan roti naan....

Jumaat, Disember 09, 2005

salam hujung minggu

Jumaat - 9/12/05.

Pagi ni aku rasa betul2 sakit dada bila karipap yang aku telan terasa sakitnya bila masuk di ruangan ronggaku. Masuk hari ni dah hari ketiga aku merasa kesakitannya....Semuanya bermula pada hari Selasa bila aku stay keja sehingga jam 1.15 pagi. Balik, mandi...sebelum tidur aku telan 2 biji pil gatal seperti biasa. Bangun pagi, start terasa sakit dada. Ku abaikan saja. Tapi semakin lama kubiarkan makin melarat pula.

Masuk hari ni dah hari ketiga kesakitan yang aku rasakan. Arghhhhh...tak boleh jadi. Fiza ajak aku ke klinik lunch time nanti. Ok le....nanti aku sambung catatan.

Selasa, Disember 06, 2005

kesibukan ku....


Kepenatanku bertali arus sejak minggu lepas. Ahad, aku ke rumah kak Mazita. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 3 lebih, sampai di rumahnya...ntah tak tahu jam berapa. Lebih 12 tahun aku tak jumpa kak Mazita kesayanganku....kekal langsing dan cantik menawan walaupun sudah anak lima. Ini membuatkan ku bersemangat untuk merampingkan dan membelai kecantikanku walaupun bermacam2 masalah yang ku hadapi.

Di sana, kelihatan Rohaizan....rakan sekolah kami bersama2 suami dan ayah serta mak mertuanya yang juga merangkap Pengetua sekolah kami. menu di rumah kak Mazita pula...mee kari, roti jala bersama kari daging, nasi himpit dengan kuah kacang dan daging masak itam...ada juga nasi putih. Lauknya, ikan cencaru goreng sumbat, nenas masak lemak dengan ikan masin, kerabu ulam campur....pencuci mulut pulak ada macam2 jenis agar2, puding jagung dan buah2an, air...jus mangga. Aku seperti biasa, makan sekadar kemampuan ku. Aku kagum dengan suasana rumah kak Mazita, cuma kak Mazita tak melayanku seperti yang sepatutnya. Asben dia nampak ramah walaupun pertama kali bertemu denganku dan suami. Lepas makan, aku lepak di dalam, anak2 main buaian. Aku cuba nak bersesi fotografi dgn kak Mazita tapi nampaknya...dia macam mengelak dari berbual denganku. Apa nak buat, dia lebih senang melayan tetamu lain dari melayanku. Bila aku tengok dia menyenduk makanan dan start makan, aku usha asben ajak blah....

On the way, kami singgah solat asar di tol mana ntah...then ke GSC Midvalley menonton PHSM2. Orang punya la ramai....masya allah, biasa la hujung minggu. Dalam panggung, penuh umat manusia. Si Aina siap tertidur dalam tu...biasa la budak...kalau dalam air-con sedap je tidur. Penat melayan skrin besar dgn sound yang kuat tu....tido lagi best kot. Kesimpulan aku tentang PHSM2....ntah, takde feel, kureng touching. Kuar dari GSC, asben kuar masuk kedai pakaian sport, usha dua tiga lai...nak beli saiz tak kena. Anak2 nampaknya dah letih, dalam keta dorang merengek kelaparn pastu zzzzz. Aku teringin roti naan tapi asben malas nak pegi jauh...so, terpaksa la aku lupakan hajatku yang tak kesampaian tu. Kami park keta di flat dan turun ke tepi jalan, lepak mamak place...anak2 layan roti canai/roti telur. Aku dan asben tapau nasik lemak je.

Senin, hati aku bersemangat nak memonteng...nak bawak bebudak ke zoo negara. Asben beralasan sibuk, banyak perkara nak kena clear. Aku kepejabat juga la....nak buat camana.
Kesibukanku bermula bila man minat aku tolong masukkan formula amount untuk bq dia. BQ? Building works saja 13 elemen, external works 10 elemen, furniture lagi? sports equipment lagi? masak aku....elemen roof untuk building ada 25 page...grrrr...menjelang petang siap semua tugasan yang man bagi. Ista punya? esok je la cont'd.....

Jumaat, November 25, 2005

Lewat.....

Pagi tadi, masa lepas breakfast....aku nampak kak ina jalan kaki. Aku pun ajak join keta kitorang. Kak ina jemput kami ke rumah dia malam esok. Malam esok? Asben kata, maybe akan ke Kelantan...hantar 3 buah kereta ke sana. So, kami jawab dengan elok, kalau ada rezeki, kalau tak ada aral melintang, kami datang.

Tengahari, Am dtg makan kat bangsar. Sebelum tu, aku amikkan gambo Fiza kat kedai, gi MPH beli kotak ngan beg kertas, ngabihkan duit. Then, aku temankan dia makan fish and chip. Kebetulan ada kak ani, ainon, hindun, ida dan ani makan western gak. Tak lama tu, kak ina dtg join borak ngan kami. Bebudak lelaki opis aku yang makan tak jauh dari kami...usha baekkkkk punya kat Am. Aku tapau mushroom steak, teringat kat Fiza yang menunggu aku kat ofis...kata nak tunggu aku makan sama. Kebetulan hari mendung, aku ajak Am gerak. Mamat yang dia tumpang tu pun usha kitorang bila lalu depan dorang. Si Am ingatkan nak beli topup, alih2 mamat tu dah sampai kat keta...heheheheh..... Sampai opis, Fiza masih lepak layan game ulat buku. Aku ajak Fiza makan, Fiza la yang tukang makan steak aku...hehehe....

Petang, Ida pulak mengajak ke rumah dia malam esok. Siap fotostet map lagi....aku bagi alasan yang sama dengan alasan yang aku bagi kak ina pagi tadi. Kalau asben tak ke Kelantan, insya allah kami sampai. Pastu, Misah lak ajak kerumah dia tengahari esok. Mmmmm....nampaknya ada 3 jemputan la esok. Kalau dapat pegi satu pun jadilah. Takut tak dapat pegi langsung.....nantikan laporan pagi senin ku.

Mamai....mamai....

Sekarang ni dah start musim ujan. Hari-hari dalam berita di tv cerita fasal ujan, banjir di pantai timur...Kebetulan aku tido malam pun asyik kesejukan aje....tu yang layan tido kadang-kadang sampai tak tersedar subuh....CIS!!! betul la.

Hari Selasa aku bawak Aina ke klinik, nak ambik ubat gatalnya. Kebetulan tu, aku pun sama minta ubat alahan/eczema kulit. Asben takde, dia ke Seremban menguruskan penjualan kereta customer polisnya. So, balik dari klinik aku setelkan anak2. Bagi dorang makan...pastu bagi Aina makan ubat. Ubat pertama Aina telan walaupun tak abis, ok la tu. Masuk ubat kedua...muntah. Abis semua ubat-ubatan dan makanan yang belum sempat di hadam keluar...tensen aku.

Lepas clearkan semuanya, aku mandi, makan ubat dan tido. Semalam aku mamai seharian sebab makan ubat tu. Balik, bebudak lak sibuk suh asben beli makanan kat bawah padahal aku dah kuarkan lauk dari peti ais, prepare nak masak. Bila dorang masing2 dah kenyang, aku simpan semula lauk, tak jadi masak. Jam 10 lebih, aku dah zzzzzz.

Pagi ni breakfast kat gerai makcik, makan bihun share dgn asben. Aku ingat malas nak makan ubat, tapi tak tahan gatal muka aku. Makan gak la, pastu mamai. Dah la pagi ni bagai nak rak menyiapkan BQ Kompleks Sukan....grrrr.

Tengahari, aku kuar juga dgn Fiza. Cuaca nampak mendung. Fiza kekedai gambar nak develop gambar passport. Then, kami ke food court, tapau nasi sebab nak balik sebelum ujan turun. Lepas makan, kami sesama baring. Aku tak tahan dengan kemamaian akibat ubat...dan kami tido selama 15 minit....

Rabu, November 23, 2005

Lunch di lake club

Hari ni aku berbaju raya....tapi tudung lama. Semuanya kerana nak raikan jamuan hari raya yang ditaja oleh Encik Manap (Managing Director) dan Encik Halim (bos aku la...). Fiza pepagi lagi dah sound aku kata yang dia tak drive hari ni dan mengajak aku mencari orang yang boleh jadi 'pak sanggup' untuk kami tumpang ke lake club nanti.

Tiba masanya nak ke sana, keta Ista ada 1 kekosongan....kami tanak join geng makcik2. Keta Feisal pun ada satu kekosongan, tapi Ainun yang join geng mat rempit. Keta Najib juga ada satu kekosongan...Faizal, kak Amy dan kak Mizan....aghhh malaslah! Fiza bisik kat aku..."kita join Encik Halim ajelah". Aku pun setuju je. Tetiba, Encik Manap keluar dan ajak kami join Merz dia. Aku, Fiza dan Kanu pun malu-malu kambing mengekor ajelah.

Kat sana, ramai yang takde, tak semeriah biasa. Dato' Nik Farid, Ms. Teh, Suk Luan, Razif, Hashim, Azman, Nasa, Afendi, Azhar dan bebudak site opis semua takde...so, kurang la kemeriahannya.

Menu pertama aku seperti biasa le...salad. Aku layan dengan chicken mushroom soup. Then, aku amik sambal belacan, terung, ulam kacang botol, daging masak lada itam, nasi goreng, mi goreng, ikan masak asam pedas, telur scramble....dengar cam banyak tapi sebenarnya semua aku ambil dlm jumlah tersedikit. Then, takleh nak makan abis....hehehe.

Selasa, November 22, 2005

Salam Senin

Alhamdulillah, minggu lalu aku dah setel semua tunggakan.... Tunggakan? Tunggakan posa la. Posa qada dan posa nam telah selamat aku setelkan. Kebetulan Jumaat malam mak raikan kami semua...(anak2, cucu2, menantu) dengan masakan ala-ala raya. Nasi himpit, rendang daging, rendang ayam, kuah kacang, kuah lodeh, puding karamel...itulah antara menunya. Kami sampai lewat sebab asben aku jem di jalanan sejam, pas amik aku jem lagi sejam....balik rumah kemas apa yang patut baru bertolak ke rumah mak. Yang frustnya, rancangan kami nak snap foto beramai2 gagal sebab kawan jaja si Amar ngan Hafiz muncul di kala tgh malam. Bistu, mereka2 semua ahlil keluarga dah ngantuk, memasing bawak diri la....Aku? layan gak la si dak Hafiz. yang mengagumkan aku, first round dia makan penuh pinggan, second round pun sama. Pastu, aku ingat dia dah stop dah. Tapi rupa-rupanya sampai 3 round tu.....alamak!!!! caman mamat sekurus Hafis tu boleh tala 3 pinggan penuh? Musykil aku...sampai aku pulak rasa nak terkeluar isi perut....hehehe

Sabtu...asben keja. Ipah kuar tgk kawan dia kat spital. Nana, nasir ngan auni ke open house kat ampang. Ada 4 open house katanya....hamboi!!! Larat ke nak menelan 4 kali tu? Jaja ke kajang, kawan nikah. Akem ke mc d tgk roaster keja. Aqilah ke rumah kawan, study group. Mak ngan abah ke kursus perdana haji di putrajaya. Tinggallah aku terkontang-kanting dgn bebudak berempat tu. Layan dorang makan, tgk tv....lebih kurang jam 4 lin datang. Dari kemensah, open house katanya. Malam, lebih kurang jam 10.03 minit kami gerak pulang...tinggal dak ipah ngan aqilah.

Sambungan coretan pagi senin

Ahad (20/10/05)

Aku ngan asben pepagi dah ke pasar seawal jam 8. Selalunya kamilah antara pengunjung terlewat sebabnya asben suka lewat, tak berapa ramai org katanya. Tapi semalam tak dapat nak lewat sebab ada program lain. Di pasar kami beli 2 ekor ayam, udang setengah kilo dan 2,3 jenis ikan. Semalam ikan mahal, potong stim aku nak beli ikan lebih. Dari pasar, kami cam biasa bersarapan berdua kat kedai Fitris....layan teh tarik, roti canai sekeping makan berdua.

Balik rumah, aku jemur semua pakaian yang dicuci, 4 kali gak mesin baju. Lipat pakaian yang kering, kemas semua barang2 yang dibeli dan bersiap untuk ke Puchong. Kenduri kawin anak makcik Pah tingkat 2. Punyalah susah mencari rumah, berapa kali pusing daaa.....

Dari rumah kenduri kami nak ke rumah Mail kat puncak jalil. Sampai kat sana, alih2 kami tiba depan rumah Fiza. Hahaha...sementara nak pusing cari rumah Mail sempat gak aku usha rumah Fiza. Nampak mama, abah Fiza nak kuar....nampak adik Fiza si pian gak. Bila dah ke rumah si Mail....anak2 aku tak sedor diri la main sakan....turun naik tangga, ke padang depan rumah...grrrr....sabor je la aku. Naik rimas gak aku, tapi apa boleh buat...budak2.

Balik lak tak jumpa jalan kuar, terpaksa ikut equine park kat belakang tu...sabor je la. On the way, asben singgah carrefour beli barang sket.....mmmm. Balik umah, aku sambung rutin, membasuh pakaian lagi, memasak.....letih!

Khamis, November 17, 2005

Jamuan raya versi PNFL

Minggu ni, mulai hari Selasa...jamuan raya versi PNFL pun bermula. Pada hari Selasa bersamaan dgn 15/11/05 jamuan raya joint venture dengan 2 staf india kat opis. Hari tu ada beriani, lauk ayam masak merah, rendang daging, dalca, sambal sotong kembang, acar sayur (oren), acar buah (merah) dan buah-buahan. Ada juga sampingan kuih raya yang dibawa oleh staf termasuk la aku.

Semalam pulak kami sekerabat PNFL beraya di rumah Dato'. Mula tu aku ingat nak numpang girlfriend aku si Fiza je...tapi dekat jam 12.30 tu Idham cakap dia dgn Airul tumpang Hashim. Aku pun apalagi, berlari la dgn Fiza...menumpang sekaki...hehe. Ujan lak tu. Kat umah Dato' ada nasi minyak, lauk ayam goreng, udang galah goreng, daging dengdeng...mi rebus, sate dan rojak singapura. Kuih-muih raya pun agak dasat, termasuklah kuih akok berlauk...hehehe.

Hari ni dah 15 Syawal

Hari ni dah 15 Syawal. Lebih seminggu aku tak jenguk blog. Bukan apa, kesibukan menghambat aku untuk menguruskan kerja-kerja di pejabat dan masa begitu mencemburui aku.

Aku mula berpuasa ganti minggu lalu pada 6 Syawal. Minggu lepas, aku hanya berkesempatan mengganti 4 hari sehingga Jumaat. Sabtu, aku tak kemana-mana. Ahad, aku ke rumah terbuka Fiza. Ingat nak kuar awal, kol 4.45 dah get ready. Tapi paham-paham jelah dengan kerenah birokrasi suami dan anak-anakku. Akhirnya jam enam lebih baru kami kuar. Siap sesat kat Bukit Jalil, masa cari rumah Fiza pun blurrrr......

Sampai kat sana, aku saing kuar keta dgn Vima yang kebetulan baru sampai. Aku tgk Fiza anggun berbaju kebaya celoreng birunya....dgn rambut yang dilepaskan. Dalam rumah, aku nampak 'K', adik-adikFiza, parent Fiza.....not bad! Kebetulan Vima dan asben dia terus ke meja. Aku serombongan pun apalagi...join sekali la. Ada nasik kerabu dan mi/bihun soto. aku merasa setakat dua, tiga suap. Maklum aje la, tanak ikut nafsu....control beb! Lepas maghrib kami mintak diri....terus ke rumah mak di melawati. Bila kat sana pulak, kebetulan beberapa lama sikit, paktup, maktup, erin dan alia muncul....kitorang pun apalagi....sambung la kemeriahan.

Kami balik ke rumah jam 12 malam...

Jumaat, November 11, 2005

Salam Syawal

Dah seminggu kita beraya. Rindu lak rasanya aku nak menaip di dalam blog. Dah lama cuti, malas nak keja, takde mood. Aku start keja hari selasa, sepatutnya sehari sebelum tu tapi aku tambah cuti.....memonteng la tu.

Cuti bermula pada Sabtu bersamaan dengan 29/10. Pagi-pagi lagi aku bersiap menghantar anak-anak ke sekolah. Mula ke sekolah dekna, lepas tu ke sekolah Farhan kerana menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang. Boleh tahan la meriahnya kat sekolah tu. Guru penyampai siap berpantun-pantun lagi.

Hari deepavali tu, kami sekeluarga ke Sogo, shoping pakaian Farhan. So, berbuka kat luar...makan KFC je. orang ramai giler. Lepas makan kami ke bazar ramadan kawasan org membeli belah keperluan raya. Suamiku belikan dekna kebaya, aku beli tudung selai. Balik dari Sog jam 10 malam, 40 minit jem nak kuar dari Sogo...grrrrr.

Malam raya kami balik ke rumah mak di melawati. Masa sampai tu, ipah, aqilah dan jaja takde. Mak kata dorang ke Giant. Aku tolong mak siapkan keperluan untuk org datang bertakbir di rumah kami. Then, bila bebudak tu dah balik, isi beras dalam sarung ketupat sambil menyembang citer hantu. Anak-anakku pun apalagi, takleh tido la dorang. Nasib baik si Aina dah selamat lena sejak sampai kalau tidak, jenuh aku nak melayan rengekan dia. Last-last kol 3.30 aku melelapkan mata, tak kuasa aku nak mengemaskan lagi. Aku pun tak tahu jam berapa anak-anakku yang bertiga tu tidor....hehe....

Pagi raya farhan menangis sebab seluar baju melayu longgar. Rupa-rupanya perut dia dah loose sebab posa, hehehe.....sabau je lah. Tak pasal-pasal asben aku tensen jap. Raya pertama malamnya kami ke Taman Batu Muda, Batu Caves. Konvoi 5 buah keta dgn Acu dan kerabatnya, mak ngah, pak ngah dan jugak abg sham sefamili. Kami kerumah mak mertua abg rudi ziarah Niza bersalin anak ketiga. Pastu ke rumah pakwe di taman kosas. lama pulak bertandang....dkt jam 12 baru kami gerak balik. Acu dan kaum yang sewaktu dgnnya terus balik ke PD.

Raya kedua kami ke rumah pakngah di fasa 6. Pakngah dan makngah takde kat rumah sebab ke melaka, menghantar jemputan kenduri pizah bulan 12 nanti. Petangnya waktu kami nak ke Klang, pakngah dan makngah sampai. Di Klang, kami ke rumah maktih punya mak, rumah sepupu atok dan rumah hafiz kawan jaja. Masa kami di rumah sepupu atok tu, sempat lagi jaja ngulor ke rumah kawan dia si Nurul, makan laksa....ceh. Ontheway balik dari Klang, perut aku start keroncong sebab makan breakfast je. Anak-anak ngan asben rilek je sebab dorang sempat isi perut tengahari. Aku ajak mak, abah dan adik-adik sumer makan kat desa melawati...encik azman yang belanja...hehehe.

Esoknya aku berkemas utk balik ke Batu Pahat. Kami keluar dari rumah mak jam 2 lebih, ambik mak mertuaku pulak, then terus gerak. Sampai kat Seremban jalan jem giler....sampai la ke Senawang. Sejam kami kat situ je. Sampai kat Peserai, kami berenti makan. Tensen lagi, lama giler tunggu order sampai. Esoknya, kami kuar pagi. Kami ke pasar, rewang-rewang...breakfast...then ke rumah Acu kat Taman Berlian. lama gak kat situ, siap makan nasi kuning lauk ayam masak merah dgn kari kepala ikan lagi. Jam 2 lebih kami ke rumah Pak Utih di Parit Betong, then rumah Pak Long. Last sekali ke rumah Pak Ngah di Parit Sulong. balik dari sana, singgah makan kat kedai mamak....ok gak tu, tak la aku penat nak memasak.

Hari senin aku monteng, call opis cakap EL. Kami bertolak jam 2 lebih dari rumah nenek. Sampai di Tangkak, singgah beli kain langsir, beg sekolah Anis...tu je. Asben aku malas nak layan kerenah budak berdua tu nak beli beg sekolah. Awal lagi katanya. Aku pun malas nak panjangkan cakap. Kami singgah solat dan makan di hentian sebelah Seremban. Sampai rumah jam 10 lebih, aku setel basuh kain 2 trip, pastu siap menjemur..jam 1.30 pagi baru tido.

Rabu, Oktober 26, 2005

lagi seminggu nak raya

hari ini 21 ramadan

pagi tadi aku tersedar jam 3 lagi....aku lupa pulak hari ni hari selasa....baring2 jap....sejuk la katakan. tetiba sedar2 semula dah jam 4 pagi. kelam kabut la aku ke dapur. masak nasik, goreng ayam, goreng tempe je....kuah kari ikan semalam masih berbaki, boleh la anak2 aku makan ngan nasik. Farhan macam biasa la, orang lain makan sahur sejemput, dia makan sepinggan...hehehe.

pagi ni juga aku setelkan duit kuih, rm300 semuanya....adoi. dah la dapat duit raya ciput, baju bebudak, duit raya lagi....grrrrrr...rasa cam nak bom je rumah bos aku.

Tensen...tensen....aku nak berpantun la plak bagi ilang tensen duit raya tak cukup nih.....

Budak-budak main bunga api,
Mak budak buat taik mata,
Time raya kita hepi,
Lepas raya berdukacita.

Disini raya di sana pun raya,
Raya hanya setahun sekali,
Camana aku nak raya,
Baju raya tak pegi beli.

Petang hari main wau bulan,
Lepas itu kita berbuka,
Orang kata raya sebulan,
Aku pulak sibuk qada puasa.

Pegi ke pasar membeli ketupat,
Ketupat dimakan bersama rendang,
Hari raya kita makan ketupat,
Pastu kita makan la lemang.......hehehehe

Selasa, Oktober 25, 2005

minggu terakhir kerja bermula hari ini

Minggu terakhir sebelum cuti raya....

hari ni aku sedar awal jam 3.30 pagi gara-gara 'Aina merengek. aku buat sup ayam je utk sahur pagi tadi sebab sayur campur dan ikan goreng juga ikan pekasam semalam masih ada berbaki. Dipendekkan citer....sesudah antor farhan dan dekna ke sekolah pagi tadi, aku terlelap dalam keta.

Sedar2 je dah sampai depan opis, hahaha....asben gerak dan bagi duit.....ok la tu.....kantoi beb!

Jumaat, Oktober 21, 2005

Tadi masa lunch time tak tau nak buat apa. Baca paper kisah Allahyarham Datin Sri Endon dgn Fiza. Pastu Fiza naik atas, walap lepat pisang....hehehe.....aku continue membaca.

Bila Fiza dah turun, dia layan game, aku download ym kat pc baru kat bawah tu. Sementara donload ym, aku terlelap..zzzzzzz......Bila sedar je aku dengar kak gayah tgh stori fasal harga kuih almond london kat kitorang...blur. he he he....

Kawanku kahwin dgn ex-bf aku

Masa aku bekerja di PTS dulu, ada la officemate aku tu namanya Juhaida Abdul Jabar. Cantik orgnya. Putih melepak....tapi aku suka la, walaupun dia sebaya dgn adik aku Nana, tapi boleh ngam ok la tu. Masa tu aku belum kawin. So, aku selalu gayut dgn boyfriend aku, Hash. Bila dah lama borak, aku pas kat Ju suh dia borak pulak. Selalu la gitu, tak sangka pulak akhirnya dorang berdua akhirnya menjadi suami isteri yang sah...ok lah tu.

Pengenalan

Nie la kali pertama aku menulis dairi sejak berkahwin....lama tu. Dulu-dulu masa sekolah abah aku yg memula bagi aku dairi masa aku dajah 3. Pastu aku pun tulis la apa yg patut....tapi tak confidential sangat la. Aku selalu tulis yg ringkas-ringkas je....takde idea la. Bila nak tulis panjang2...mula la aku terpikir, nak tulis apa? kalau orang baca tak ke haru....he...he...he. so, bila aku berpikiran gitu....otomatik la aku tak jadi menulis....pastu bila kita dah kumpul semua dairi dari tahun ke tahun kan dah jadi banyak. Lelama aku buang, bakar jugak.

Bila dah meningkat remaja, aku mula menulis dalam dairi yang lebih besar. Saiz buku sekolah tu. Yang paling berkesan sekali hingga hari ini, dairi pemberian kekasihku. Perkenalanku bermula semasa aku di tingkatan 2. Waktu itu aku terima sekeping kad ucapan selamat hari raya dan bersetem luar negara. Lama ku simpan kad tu, tak nak balas la...saspen beb. Selepas lebih kurang 4 bulan dalam simpananku, akhirnya aku balas salam perkenalan dari lelaki itu yang bernama Rosli bin Talib. Selama 3 tahun kami menjalinkan hubungan sebagai kawan akhirnya dia lafazkan keinginan untuk menjadi kekasihku. Sejak aku declare je jadi kekasih dia, aku sering menerima bermacam-macam barang pemberiannya dari Cairo termasuklah dairi.....saban tahun. Kami sering berutus surat setiap 2 minggu sekali. Kira 'WORLD' gak tu. Tapi akhirnya bukan jodoh kami, aku akur.......hehehehe......inilah kehidupan