Rabu, November 23, 2005

Lunch di lake club

Hari ni aku berbaju raya....tapi tudung lama. Semuanya kerana nak raikan jamuan hari raya yang ditaja oleh Encik Manap (Managing Director) dan Encik Halim (bos aku la...). Fiza pepagi lagi dah sound aku kata yang dia tak drive hari ni dan mengajak aku mencari orang yang boleh jadi 'pak sanggup' untuk kami tumpang ke lake club nanti.

Tiba masanya nak ke sana, keta Ista ada 1 kekosongan....kami tanak join geng makcik2. Keta Feisal pun ada satu kekosongan, tapi Ainun yang join geng mat rempit. Keta Najib juga ada satu kekosongan...Faizal, kak Amy dan kak Mizan....aghhh malaslah! Fiza bisik kat aku..."kita join Encik Halim ajelah". Aku pun setuju je. Tetiba, Encik Manap keluar dan ajak kami join Merz dia. Aku, Fiza dan Kanu pun malu-malu kambing mengekor ajelah.

Kat sana, ramai yang takde, tak semeriah biasa. Dato' Nik Farid, Ms. Teh, Suk Luan, Razif, Hashim, Azman, Nasa, Afendi, Azhar dan bebudak site opis semua takde...so, kurang la kemeriahannya.

Menu pertama aku seperti biasa le...salad. Aku layan dengan chicken mushroom soup. Then, aku amik sambal belacan, terung, ulam kacang botol, daging masak lada itam, nasi goreng, mi goreng, ikan masak asam pedas, telur scramble....dengar cam banyak tapi sebenarnya semua aku ambil dlm jumlah tersedikit. Then, takleh nak makan abis....hehehe.

Tiada ulasan: