Jumaat, November 11, 2005

Salam Syawal

Dah seminggu kita beraya. Rindu lak rasanya aku nak menaip di dalam blog. Dah lama cuti, malas nak keja, takde mood. Aku start keja hari selasa, sepatutnya sehari sebelum tu tapi aku tambah cuti.....memonteng la tu.

Cuti bermula pada Sabtu bersamaan dengan 29/10. Pagi-pagi lagi aku bersiap menghantar anak-anak ke sekolah. Mula ke sekolah dekna, lepas tu ke sekolah Farhan kerana menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang. Boleh tahan la meriahnya kat sekolah tu. Guru penyampai siap berpantun-pantun lagi.

Hari deepavali tu, kami sekeluarga ke Sogo, shoping pakaian Farhan. So, berbuka kat luar...makan KFC je. orang ramai giler. Lepas makan kami ke bazar ramadan kawasan org membeli belah keperluan raya. Suamiku belikan dekna kebaya, aku beli tudung selai. Balik dari Sog jam 10 malam, 40 minit jem nak kuar dari Sogo...grrrrr.

Malam raya kami balik ke rumah mak di melawati. Masa sampai tu, ipah, aqilah dan jaja takde. Mak kata dorang ke Giant. Aku tolong mak siapkan keperluan untuk org datang bertakbir di rumah kami. Then, bila bebudak tu dah balik, isi beras dalam sarung ketupat sambil menyembang citer hantu. Anak-anakku pun apalagi, takleh tido la dorang. Nasib baik si Aina dah selamat lena sejak sampai kalau tidak, jenuh aku nak melayan rengekan dia. Last-last kol 3.30 aku melelapkan mata, tak kuasa aku nak mengemaskan lagi. Aku pun tak tahu jam berapa anak-anakku yang bertiga tu tidor....hehe....

Pagi raya farhan menangis sebab seluar baju melayu longgar. Rupa-rupanya perut dia dah loose sebab posa, hehehe.....sabau je lah. Tak pasal-pasal asben aku tensen jap. Raya pertama malamnya kami ke Taman Batu Muda, Batu Caves. Konvoi 5 buah keta dgn Acu dan kerabatnya, mak ngah, pak ngah dan jugak abg sham sefamili. Kami kerumah mak mertua abg rudi ziarah Niza bersalin anak ketiga. Pastu ke rumah pakwe di taman kosas. lama pulak bertandang....dkt jam 12 baru kami gerak balik. Acu dan kaum yang sewaktu dgnnya terus balik ke PD.

Raya kedua kami ke rumah pakngah di fasa 6. Pakngah dan makngah takde kat rumah sebab ke melaka, menghantar jemputan kenduri pizah bulan 12 nanti. Petangnya waktu kami nak ke Klang, pakngah dan makngah sampai. Di Klang, kami ke rumah maktih punya mak, rumah sepupu atok dan rumah hafiz kawan jaja. Masa kami di rumah sepupu atok tu, sempat lagi jaja ngulor ke rumah kawan dia si Nurul, makan laksa....ceh. Ontheway balik dari Klang, perut aku start keroncong sebab makan breakfast je. Anak-anak ngan asben rilek je sebab dorang sempat isi perut tengahari. Aku ajak mak, abah dan adik-adik sumer makan kat desa melawati...encik azman yang belanja...hehehe.

Esoknya aku berkemas utk balik ke Batu Pahat. Kami keluar dari rumah mak jam 2 lebih, ambik mak mertuaku pulak, then terus gerak. Sampai kat Seremban jalan jem giler....sampai la ke Senawang. Sejam kami kat situ je. Sampai kat Peserai, kami berenti makan. Tensen lagi, lama giler tunggu order sampai. Esoknya, kami kuar pagi. Kami ke pasar, rewang-rewang...breakfast...then ke rumah Acu kat Taman Berlian. lama gak kat situ, siap makan nasi kuning lauk ayam masak merah dgn kari kepala ikan lagi. Jam 2 lebih kami ke rumah Pak Utih di Parit Betong, then rumah Pak Long. Last sekali ke rumah Pak Ngah di Parit Sulong. balik dari sana, singgah makan kat kedai mamak....ok gak tu, tak la aku penat nak memasak.

Hari senin aku monteng, call opis cakap EL. Kami bertolak jam 2 lebih dari rumah nenek. Sampai di Tangkak, singgah beli kain langsir, beg sekolah Anis...tu je. Asben aku malas nak layan kerenah budak berdua tu nak beli beg sekolah. Awal lagi katanya. Aku pun malas nak panjangkan cakap. Kami singgah solat dan makan di hentian sebelah Seremban. Sampai rumah jam 10 lebih, aku setel basuh kain 2 trip, pastu siap menjemur..jam 1.30 pagi baru tido.

1 ulasan:

melor berkata...

hamboiiiii raya sakan noooo