Jumaat, November 25, 2005

Lewat.....

Pagi tadi, masa lepas breakfast....aku nampak kak ina jalan kaki. Aku pun ajak join keta kitorang. Kak ina jemput kami ke rumah dia malam esok. Malam esok? Asben kata, maybe akan ke Kelantan...hantar 3 buah kereta ke sana. So, kami jawab dengan elok, kalau ada rezeki, kalau tak ada aral melintang, kami datang.

Tengahari, Am dtg makan kat bangsar. Sebelum tu, aku amikkan gambo Fiza kat kedai, gi MPH beli kotak ngan beg kertas, ngabihkan duit. Then, aku temankan dia makan fish and chip. Kebetulan ada kak ani, ainon, hindun, ida dan ani makan western gak. Tak lama tu, kak ina dtg join borak ngan kami. Bebudak lelaki opis aku yang makan tak jauh dari kami...usha baekkkkk punya kat Am. Aku tapau mushroom steak, teringat kat Fiza yang menunggu aku kat ofis...kata nak tunggu aku makan sama. Kebetulan hari mendung, aku ajak Am gerak. Mamat yang dia tumpang tu pun usha kitorang bila lalu depan dorang. Si Am ingatkan nak beli topup, alih2 mamat tu dah sampai kat keta...heheheheh..... Sampai opis, Fiza masih lepak layan game ulat buku. Aku ajak Fiza makan, Fiza la yang tukang makan steak aku...hehehe....

Petang, Ida pulak mengajak ke rumah dia malam esok. Siap fotostet map lagi....aku bagi alasan yang sama dengan alasan yang aku bagi kak ina pagi tadi. Kalau asben tak ke Kelantan, insya allah kami sampai. Pastu, Misah lak ajak kerumah dia tengahari esok. Mmmmm....nampaknya ada 3 jemputan la esok. Kalau dapat pegi satu pun jadilah. Takut tak dapat pegi langsung.....nantikan laporan pagi senin ku.

Tiada ulasan: