Selasa, Disember 06, 2005

kesibukan ku....


Kepenatanku bertali arus sejak minggu lepas. Ahad, aku ke rumah kak Mazita. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 3 lebih, sampai di rumahnya...ntah tak tahu jam berapa. Lebih 12 tahun aku tak jumpa kak Mazita kesayanganku....kekal langsing dan cantik menawan walaupun sudah anak lima. Ini membuatkan ku bersemangat untuk merampingkan dan membelai kecantikanku walaupun bermacam2 masalah yang ku hadapi.

Di sana, kelihatan Rohaizan....rakan sekolah kami bersama2 suami dan ayah serta mak mertuanya yang juga merangkap Pengetua sekolah kami. menu di rumah kak Mazita pula...mee kari, roti jala bersama kari daging, nasi himpit dengan kuah kacang dan daging masak itam...ada juga nasi putih. Lauknya, ikan cencaru goreng sumbat, nenas masak lemak dengan ikan masin, kerabu ulam campur....pencuci mulut pulak ada macam2 jenis agar2, puding jagung dan buah2an, air...jus mangga. Aku seperti biasa, makan sekadar kemampuan ku. Aku kagum dengan suasana rumah kak Mazita, cuma kak Mazita tak melayanku seperti yang sepatutnya. Asben dia nampak ramah walaupun pertama kali bertemu denganku dan suami. Lepas makan, aku lepak di dalam, anak2 main buaian. Aku cuba nak bersesi fotografi dgn kak Mazita tapi nampaknya...dia macam mengelak dari berbual denganku. Apa nak buat, dia lebih senang melayan tetamu lain dari melayanku. Bila aku tengok dia menyenduk makanan dan start makan, aku usha asben ajak blah....

On the way, kami singgah solat asar di tol mana ntah...then ke GSC Midvalley menonton PHSM2. Orang punya la ramai....masya allah, biasa la hujung minggu. Dalam panggung, penuh umat manusia. Si Aina siap tertidur dalam tu...biasa la budak...kalau dalam air-con sedap je tidur. Penat melayan skrin besar dgn sound yang kuat tu....tido lagi best kot. Kesimpulan aku tentang PHSM2....ntah, takde feel, kureng touching. Kuar dari GSC, asben kuar masuk kedai pakaian sport, usha dua tiga lai...nak beli saiz tak kena. Anak2 nampaknya dah letih, dalam keta dorang merengek kelaparn pastu zzzzz. Aku teringin roti naan tapi asben malas nak pegi jauh...so, terpaksa la aku lupakan hajatku yang tak kesampaian tu. Kami park keta di flat dan turun ke tepi jalan, lepak mamak place...anak2 layan roti canai/roti telur. Aku dan asben tapau nasik lemak je.

Senin, hati aku bersemangat nak memonteng...nak bawak bebudak ke zoo negara. Asben beralasan sibuk, banyak perkara nak kena clear. Aku kepejabat juga la....nak buat camana.
Kesibukanku bermula bila man minat aku tolong masukkan formula amount untuk bq dia. BQ? Building works saja 13 elemen, external works 10 elemen, furniture lagi? sports equipment lagi? masak aku....elemen roof untuk building ada 25 page...grrrr...menjelang petang siap semua tugasan yang man bagi. Ista punya? esok je la cont'd.....

1 ulasan:

melor berkata...

besnya jjcm bawa anak2.. pastu nengok wayang..