Isnin, Disember 12, 2005

Laporan kenduri sempena mak dan abah ke Mekah

Jumaat malam, aku sefamili balik kerumah mak untuk meraikan kenduri sempena mak dan abah nak ke Mekah. Di sana semua adik-beradikku menunjukkan muka kecuali Hakim yang bekerja syif malam. Esoknya pepagi kami dah sibuk berkemas untuk menyambut tetamu yang bakal hadir. Aku dengan tidak memikirkan kesihatanku yang tidak stabil, sama sibuk menolong mak hingga akhirnya betul2 teruk. Di saat dan ketika itu juga aku diserang lelah dan selsema yang sangat mentensenkanku. Selepas bacaan surah Yaasiin dan bacaan doa, aku dan adik2 ku melayan tetamu makan. Adik-beradik mak yang hadir cuma pakwe, yang lain2 takde. Masing2 ada hal....Pakwe datang dgn cucunya 4 org (anak2 Nona), makwe dan Ery. Iwan menunjukkan muka sekejap dengan alasan kena kerja. Menu bufet yang mak tempah dengan Mail ialah Nasi bukhari, ayam goreng berempah, kerabu campur, air asam dan dalca. Manakala kuih-muih yang ditempah pula ialah karipap, seri muka, tepung pelita dan buah2 an. Bahagian air aku yang handle. Aku bancuh air oren sebanyak 3 tabung besar...alhamdulillah mencukupi. Bila Yan (tunang Jaja) datang, dia bawa kuih puteri ayu sekotak...

Tak henti2 tetamu datang. Petang, makcik Mas, abang D and famili termasuk mak, bapak mertua dan adik2 ipar, Izan & kakak angkatnya. Erin, kawan2 ofis mak pun datang. Tetamu akhir yang dtg ziarah pada malamnya ialah Acu Man and family. Lauk dah takde. Nasi bukhari banyak lagi....dengan kuah dalca. Esoknya kami breakfast dgn kuih-muih balance semalam. Nasi putih yang banyak tu Lin goreng. Then, kami berkemas rumah.

Tghari, mak dan abah ke rumah kenduri kahwin di Jalan F1. Sebelum tu Ipah, Aqilah dan Lin ke Gombak dgn abah...urusan masing2. Jam 3, asben bawak dekna, anis dan farhan ke rumah classmate dekna, Iman Anugerah Makmur kat Taman Watan sempena meraikan birthday Iman. Lin, Nana, Ipah dan Aqilah plak ke KL sibuk nak cari slipar. Tinggallah aku berkemas dirumah, Aina dah tido. Lewat petang kami bertolak balik. Singgah di restoran mamak layan roti naan....

2 ulasan:

Latiptalib berkata...

mak dan abah u ke mekah?. alhamdulillah. jgn lupa suruh mereka berdoa kat sana supaya u juga dapat ke mekah.

melor berkata...

moga kesihatan terjaga..