Khamis, November 17, 2005

Jamuan raya versi PNFL

Minggu ni, mulai hari Selasa...jamuan raya versi PNFL pun bermula. Pada hari Selasa bersamaan dgn 15/11/05 jamuan raya joint venture dengan 2 staf india kat opis. Hari tu ada beriani, lauk ayam masak merah, rendang daging, dalca, sambal sotong kembang, acar sayur (oren), acar buah (merah) dan buah-buahan. Ada juga sampingan kuih raya yang dibawa oleh staf termasuk la aku.

Semalam pulak kami sekerabat PNFL beraya di rumah Dato'. Mula tu aku ingat nak numpang girlfriend aku si Fiza je...tapi dekat jam 12.30 tu Idham cakap dia dgn Airul tumpang Hashim. Aku pun apalagi, berlari la dgn Fiza...menumpang sekaki...hehe. Ujan lak tu. Kat umah Dato' ada nasi minyak, lauk ayam goreng, udang galah goreng, daging dengdeng...mi rebus, sate dan rojak singapura. Kuih-muih raya pun agak dasat, termasuklah kuih akok berlauk...hehehe.

Tiada ulasan: