Khamis, November 17, 2005

Hari ni dah 15 Syawal

Hari ni dah 15 Syawal. Lebih seminggu aku tak jenguk blog. Bukan apa, kesibukan menghambat aku untuk menguruskan kerja-kerja di pejabat dan masa begitu mencemburui aku.

Aku mula berpuasa ganti minggu lalu pada 6 Syawal. Minggu lepas, aku hanya berkesempatan mengganti 4 hari sehingga Jumaat. Sabtu, aku tak kemana-mana. Ahad, aku ke rumah terbuka Fiza. Ingat nak kuar awal, kol 4.45 dah get ready. Tapi paham-paham jelah dengan kerenah birokrasi suami dan anak-anakku. Akhirnya jam enam lebih baru kami kuar. Siap sesat kat Bukit Jalil, masa cari rumah Fiza pun blurrrr......

Sampai kat sana, aku saing kuar keta dgn Vima yang kebetulan baru sampai. Aku tgk Fiza anggun berbaju kebaya celoreng birunya....dgn rambut yang dilepaskan. Dalam rumah, aku nampak 'K', adik-adikFiza, parent Fiza.....not bad! Kebetulan Vima dan asben dia terus ke meja. Aku serombongan pun apalagi...join sekali la. Ada nasik kerabu dan mi/bihun soto. aku merasa setakat dua, tiga suap. Maklum aje la, tanak ikut nafsu....control beb! Lepas maghrib kami mintak diri....terus ke rumah mak di melawati. Bila kat sana pulak, kebetulan beberapa lama sikit, paktup, maktup, erin dan alia muncul....kitorang pun apalagi....sambung la kemeriahan.

Kami balik ke rumah jam 12 malam...

Tiada ulasan: