Alhamdulillah, minggu lalu aku dah setel semua tunggakan.... Tunggakan? Tunggakan posa la. Posa qada dan posa nam telah selamat aku setelkan. Kebetulan Jumaat malam mak raikan kami semua...(anak2, cucu2, menantu) dengan masakan ala-ala raya. Nasi himpit, rendang daging, rendang ayam, kuah kacang, kuah lodeh, puding karamel...itulah antara menunya. Kami sampai lewat sebab asben aku jem di jalanan sejam, pas amik aku jem lagi sejam....balik rumah kemas apa yang patut baru bertolak ke rumah mak. Yang frustnya, rancangan kami nak snap foto beramai2 gagal sebab kawan jaja si Amar ngan Hafiz muncul di kala tgh malam. Bistu, mereka2 semua ahlil keluarga dah ngantuk, memasing bawak diri la....Aku? layan gak la si dak Hafiz. yang mengagumkan aku, first round dia makan penuh pinggan, second round pun sama. Pastu, aku ingat dia dah stop dah. Tapi rupa-rupanya sampai 3 round tu.....alamak!!!! caman mamat sekurus Hafis tu boleh tala 3 pinggan penuh? Musykil aku...sampai aku pulak rasa nak terkeluar isi perut....hehehe
Sabtu...asben keja. Ipah kuar tgk kawan dia kat spital. Nana, nasir ngan auni ke open house kat ampang. Ada 4 open house katanya....hamboi!!! Larat ke nak menelan 4 kali tu? Jaja ke kajang, kawan nikah. Akem ke mc d tgk roaster keja. Aqilah ke rumah kawan, study group. Mak ngan abah ke kursus perdana haji di putrajaya. Tinggallah aku terkontang-kanting dgn bebudak berempat tu. Layan dorang makan, tgk tv....lebih kurang jam 4 lin datang. Dari kemensah, open house katanya. Malam, lebih kurang jam 10.03 minit kami gerak pulang...tinggal dak ipah ngan aqilah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
oh dah selesai puasa enam? bagusnya. saya masih belum buat lagi masih ada jemputan kenduri kahwin dan rumah terbuka.
biasanya pada minggu terakhir baru saya buat. InsyaAllah.
bukan setakat posa nam, posa qada pun dah setel. takde la pening kepala mikirkan utang piutang dgn tuhan...hehehe
Catat Ulasan