Rabu, Disember 24, 2008

kenduri aqiqah untuk alyssa dan insyirah @ 9 disember 2008
















pada 9 disember yang lalu bersamaan 11 zulhijjah yaitu hari raya aidil adha yang kedua, abah dan mak telah mengadakan kenduri aqiqah untuk alyssa afeena dan auni insyirah. aku yang memang seminggu sebelum kenduri telah berkampung di rumah mak, menolong dan menyumbang tenaga menyediakan apa yang patut. mulanya kami mengupah mail untuk memasak menu untuk kenduri tapi di saat2 akhir, mail tak dapat masak kerana nak balik ke bagan serai.










menu yang kami sediakan untuk kenduri tu ialah daging masak kurma, daging masak asam pedas, ikan goreng dan sayur kacang panjang goreng (sayangnya gambar tak dapat dimasukkan kerana tidak diambil ketika itu). manakala gift utk diberikan kepada tetamu ialah pulut kuning beserta rendang dan bunga telur merah.










Isnin, Disember 01, 2008

hujung mingguku

hujung mingguku masih lagi dirumah mak. hari sabtu kulalui seperti biasa. selepas subuh aku mencuci pakaian dan berkemas rumah sampai keletihan. jam 1 pergi kenduri adik angkat saleh di kajang dengan menaiki motosikal sahaja. cuaca agak mendung dan aku yg agak mengantuk sempat tertidur di atas motor sebelum sampai di kajang. balik dari kajang aku kebasahan dek hujan.

sekembalinya aku kerumah mak, mandi dan solat asar sementara yg lain2 minum petang dengan apam balik dan popiah yang dibeli oleh jaja. tak lama selepas itu abah menerima panggilan telefon dari pak ngah yang mengatakan anaknya siti hajar mengalami kekejangan dan gigil dan memerlukan bantuan kami. kebetulan pula waktu tu lin dan lias baru keluar utk meronda2. abah dan jaja dah bergerak awal ke rumah pak ngah. dan bila lin dan lias sampai, aku menertai mereka ke rumah pak ngah.

setibanya di sana, keadaan siti hajar yang kejang dan sawan sangat teruk sehinggakan keadaan fizikalnya dengan mata terbeliak ke atas, kukunya biru, tubuhnya panas dan tekaknya yang berbunyi kuat penuh dengan air liur. aku perhatikan mak ngah dan hafiz (abg sulungnya) yang berada ditepinya. mak ngah sangat sedih tak henti2 menangisi keadaan siti hajar. selepas dibacakan dan ditenangkan oleh lias, keadaan reda sekejap tapi dia tetap tidak sedarkan diri. dan serangan sawan itu kembali dengan kekerapan yang agak dekat. selepas solat maghrib kami memutuskan utk menghantar dia ke damai service hospital. setiba di sana keadaan tetap juga tidak berubah. tak dapat kupastikan berapa lama kami di sana dan setelah damai tidak dapat menyelamatkan keadaan, pihak mereka meminta kami menghantar hajar ke hospital kuala lumpur.

sebaik lin dan lias nak ke rumah mak ngah utk mendapatkan ic dan discharge letter, mak ngah yang berkeadaan sangat tidak bermaya mengatakan ingin pulang kerumah kerana rasa tidak berdaya. aku menemaninya kekereta dan sebaik saja tiba di kereta mak ngah terus pengsan. ketika itu keadaan sedih menyelubungiku melihat keadaan keluarga mereka yg tidak tentu arah. aku turut menangis melihat keadaan mak ngah dan kami memapah mak ngah ke atas katil tolak dan ditolak masuk ke sebelah bilik kecemasan. selepas mak ngah sedar, aku berikan mak ngah minum air mineral memandangkan mak ngah sangat lemah. setelah ambulans datang dan kami ingin mengikut ke hospital kuala lumpur, aku menyusul di belakang ambulans bersama dengan lin dan lias manakala abah dan jaja menghantar mak ngah balik kerumah.

kami disana bersama hafiz yang mengikut naik bersama ambulans cuma dpt menunggu diluar kerana tidak dibenarkan berada dengan pesakit. kami menunggu sehingga shah sampai dan selepas itu kami bertiga pulang kerumah mak.

petang semalam aku, ipah, aqilah dan abah menziarah hajar di wad icu. ada acu man dan mak cu, lps mereka keluar, barulah aku dan aqilah masuk ke dalam kerana hanya dua org pelawat dibenarkan dalam satu-satu masa. dia tidak mengalami kekejangan lagi. hanya tidur dan lena selayaknya bagi org yang sakit. bila ku jamah dahi dan lengannya ternyata panas badannya masih ada. tekanan darahnya juga agak rendah tapi keadaannya lebih elok berbanding semalam. selepas itu ipah masuk kedalam dgn mak ngah dan bila ipah dah keluar barulah abah masuk. kami sampai dirumah sebelum maghrib.

Selasa, November 18, 2008

ada apa pada 15 november 2008


sabtu yang lepas bersamaan 15 november 2008 anak2 ku telah bersiap seawal jam 7 pagi kerana masing2 bersemangat utk mengikuti aktiviti di sekolah masing2.


farhan ke sekolah utk anugerah cemerlang, aku ke sana dengan dekna, anis dan aina kerana alyssa tak sihat, badan agak demam, batuk dan selsema pun ada. lepas kami menyaksikan farhan mengambil sijil dan plaque nombor satu utk kelas 6B, kami ke convent untuk mengikuti karnival keluarga di sekolah mereka.


bagiku biasa2 aje tapi bagi mereka mungkin juga menimbulkan keterujaan dihati memandangkan ada perkara2 dan aktiviti menarik yang boleh mereka ikuti, jadi aku ikutkan aje la. selepas kami makan yang semuanya dibeli dengan kupon, kami ronda2 melihat semua aktiviti yang ada. ada jualan2 barang2 permainan, ada juga jualan pakaian2 dan beg2 terpakai, ada majalah2 yang diberi percuma. ada aktiviti menunggang kuda, ada aktiviti permainan yang dijalankan di dalam bilik2 darjah dan yang paling budak2 tu suka sangat ialah rumah hantu yang diadakan di blok belakang sekali.


dekna dan anis beratur lama bersama kawan2 mereka untuk masuk kedalam rumah hantu yang juga menggunakan kupon rm5. bagiku harga yang mesti mereka bayar untuk masuk itu agak mahal berbanding waktu yang singkat yang mereka habiskan didalam rumah hantu itu. tapi nak buat macam mana kan, dah dorang minat.


selepas dorang masuk rumah hantu, dorang nak naik kuda sambil pusing2 kat padang sekolah tapi proses yang membosankan tu membuatkan aku membatalkan hasrat bebudak tu. aku ajak dorang round2 lagi melihat2 aktiviti lain dan seterusnya kami ke gerai2 makanan lagi untuk mereka habiskan kupon mereka sebelum pulang. aku dapat pau kupon anis seringgit dan beli kacang kuda, dekna abiskan kupon rm4 dengan membeli hotdog dan burger manakala anis pula kupon rm4nya dibeli air kotak dan hotdog......jam 12 lebih kami berjalan pulang dengan menaiki lrt.

Isnin, November 03, 2008

jamuan raya versi pnfl @ 24/10/08
















pada hari jumaat bersamaan 24/10/08 yang lalu, telah diadakan jamuan hari raya untuk meraikan raya 2008. menunya tidaklah seberat mana kerana kali ini mereka cuma order mee kari, sate, ayam goreng aje. tidak ketinggalan masing2 membawa ole2. dina buat makaroni goreng, ain buat puding buah, yang lain2 tu bawa kuih2 raya, dan macam2 lagi la.










Selepas makan kami semua berposing ala2 hantu bergambar.....ahahahaha.......










Isnin, Oktober 13, 2008

salam aidilfitri














































salam aidilfitri.

agak lama aku ketandusan ilham membuatkan aku beku dan kurang mood utk menulis. hari ini bersamaan 13 oktober, dan bersamaan 13 syawal juga hampir dua minggu syawal berlalu.

cuti raya bermula 29 september yang lalu. memandangkan raya akan jatuh pada hari rabu jadi kami hanya pulang ke rumah emak pada 30 september iaitu sehari sebelum raya kerana kebetulan mak mertuaku pun pulang ke batu pahat juga pada hari itu. dia balik kesana membawa bersama farhan dan aina manakala dekna, anis dan alyssa mengikutku ke rumah emak. malam raya kami tidur lewat dengan aktiviti membakar sate. pada hari raya pertama kami cuma dikunjungi oleh mak ngah dan pak ngah sekeluarga dan abg ngah yan sekeluarga.

malamnya kami kerumah mak ngah di fasa 6 dan seterusnya kerumah mak yan di puchong tapi mak tak menyertai kami. pagi raya kedua kami ke port dickson mengunjungi mak ngah disana. sesampai kami di sana ada acu sekeluarga. tak lama kemudian jaja dan yan pun sampai kerana mereka bertolak dari puchong. petangnya pula abg sham sekeluarga tiba dari jelebu. banyak jugalah perut aku isi hari ini....mesti badanku naik berkilo lepas raya. malam lepas maghrib kami bergerak balik ke melawati.

raya ketiga, nana, nasir sekeluarga tiba dari kelantan. dan selepas itu abg sham sekeluarga dgn pak ngah dan mak ngah singgah dirumah emak sebelum mereka meneruskan perjalanan ke kuantan. kebetulan pula lin dan lias nak balik ke terengganu, mereka pun ikut serta ke kuantan. pada malam pula selepas maghrib kami ke shah alam konvoi 3 kereta ke rumah pak wa. pulang ke melawati jam 12 tgh malam.


















Isnin, September 22, 2008

pemberian sempena hari lahirku


pada hari lahirku yang ke 35 pada 11 september 2008 yang lalu aku telah dihadiahkan pewangi idamanku Incanto Charms jenama Salvatore Ferragamo. ianya adalah pemberian yang amat bermakna dan amat berharga buatku memandangkan aku memang mengidam-idamkannya. terima kasih buat insan istimewa yang menghadiahkannya padaku.


Selasa, September 02, 2008

ramadan datang lagi

ramadan tiba lagi dengan seribu kesyukuran aku menyambutnya....seperti kebiasaannya aku menerima kehadiran ramadan ini dan yang menariknya ramadan kali ini puasa pertama kami sambut dirumah kerana jatuh pada 1 september 2008, hari itu cuti kerana 31 ogos jatuh pada hari ahad.

hari pertama kami ke desa pandan untuk membeli juadah untuk berbuka puasa. takde apa yg istimewa, biasa2 aje.... selepas itu dan hari2 seterusnya kami cuma membeli juadah dia bazar ramadan bangsar aje. oleh kerana entry ini aku telah tangguhkan untuk seminggu, hari ini aku menyambung kembali penulisanku. semoga tuhan tabahkan hati kami untuk selesaikan ramadan ini cukup hingga sebulan....amin.....

Rabu, Ogos 20, 2008

kembalinya nenek ke rahmatullah pada 16/08/08

pada pagi sabtu yang lalu iaitu pada 16/08/08 kami telah menerima khabar bahawa nenek telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 8 lebih. tidak dapat dipastikan dengan tepat jam berapa nenek meninggal....lebih kurang jam 10 pagi kami bertolak pulang ke batu pahat. kami sampai disana kira2 sebelum jam 1 tengahari.

sesampainya kami disana, belum ada cucu2 lain yg tiba. cuma ada diang dan acu sahaja ditepi jenazah nenek....selain pak ngah di ruang depan, cik nah (mak mail) dan dilah serta anak lelaki dan menantunya sahaja. aku sempat menghadiahkan bacaan yasin buat nenek sebagai sedekah untuknya bawa mengadap ilahi. selepas itu barulah ramai yg tiba.

kira-kira jam 2 lebih jenazah dimandikan dan selepas itu aku melihat jenazah dikafankan. setelah selesai semuanya jenazah diletakkan diruang hadapan rumah pak long utk ditatapi buat kali terakhir oleh anak cucu nenek. sesudah itu....jenazah diletakkan didalam kereta sorong dan ditolak ke tanah perkuburan oleh cucu2 nenek. aku, mak mertuaku, diang, makcik pon (mak comel), suamiku dan beberapa org semuanya berjalan kaki. aku dengan mendukung alyssa, agak lenguh juga tapi memandangkan cuaca agak mendung hari itu tak terasa akan keletihan kami.

selepas solat asar jenazah nenek dikebumikan dikawasan perkuburan hadapan surau yang dikelilingi oleh kubur anak2 nenek. sempat ku intai tanda di batu nisan mereka. othman kornain (pak lang) meninggal pada 2001 diikuti dengan mohammadon kornain (pak utih) pada 2003 dan mahmud karnain (pak itam) pada tahun 2005. selepas ini menanti giliran masing2 ialah anak2 nenek yang lain pula.

Jumaat, Ogos 15, 2008

aku beku

lama juga aku beku. aku tak pasti sama ada kebekuan ini disebabkan ketiadaan ilham yang mendatangiku atau disebabkan situasiku yang sentiasa berserabut dgn beberapa masalah peribadi yang sering menghantui.

Selasa, Julai 15, 2008

rejab datang lagi.....

hampir dua bulan aku tidak membuat catatan diblog tetapi hari ini aku terpanggil oleh kesepian dan kesunyian sekeliling...

hari ini sudah masuk hari ke 12 bulan rejab. aku baru memulakan langkah untuk berpuasa rejab.....entah berapa hari yang dapat ku kumpul untuk berpuasa dibulan ini. besar sangat syaitan dan kemalasan yang melanda diri membuatku alpa......oh tuhanku, sedarkan aku.

Isnin, Mei 26, 2008

entry bandung

entry ini kucatat sempena trip ke bandung pada 16 - 19 mei 2008 yang lalu.



Pagi2 aku keluar bersarapan di sebuah kedai makan di jalan kg attap bersama kekasih kesayanganku. sebelum berangkat ke klia, sempat lagi sidia belikan aku jeans. lepas tu aku terus rasa nak pakai jeans tu dan terus tukar t shirt sekali hehehe.....Jam 11 aku bertolak dari KL Sentral dengan menaiki Airport Coach, tambang hanya RM18 untuk dua hala. Jam 12 tiba di KLIA, makan bubur pulut hitam di level 3. Selepas makan, kami ke level 5 untuk berkumpul bagi proses seterusnya. Tunggu orang2 sampai la, bla, bla, bla sampai ngantuk dan boring. Hampir jam 2 ptg baru kami dapat declaration form beserta tiket dan passport. Waktu itu juga mereka2 yang bawa bagasi2 besar hendaklah menyerahkan kepada pihak airport untuk diisi di bahagian bawah pesawat. Aku tiada bagasi besar, cuma bawa satu beg pakaian beserta satu backpack yang diberikan oleh travel agent berwarna merah.



Jam 3 petang kami menaiki tren menuju ke flight.Sampai di hadapan flight, tunggu giliran dorang panggil utk masuk ke dalam flight. Kira-kira jam 4 ptg kami terbang dan tiba di lapangan terbang sukarno hatta, jakarta pada jam 5.50 petang.



Jam 7 waktu malaysia (jam 6 waktu indonesia) kami pun bergerak menaiki bas menuju ke bandung. Disana keadaan sudah gelap walaupun baru jam 6. Barulah aku faham bahawa jam mereka lewat sedangkan malam sudah menjelma. Suasana trafik di jakarta amat mengilukan tangkai jantungku. dimana2 aje jem, semua hala jemmmm!!!! kami singgah makan di sebuah tempat makan yang dinamakan Rumah Gadang Nasi Padang.....berdepan dengan sebuah kedai yang bernama Terminal Goyang Lidah....hehehe aneh sungguh istilah2 yang digunakan disini. Lebih kurang jam 8 lebih kami meneruskan perjalanan ke bandung yang menurut tourist guide tu mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan dari jakarta. Tetapi??? wah...sungguh tidak tertahan rasanya kerana sewaktu jarum jam sudah menunjukkan pukul 12 waktu malaysia kami masih belum tiba di bandung. bas berhenti sekejap di satu tempat yang tidak ku ketahui namanya. masing2 mengeluh keletihan, kelenguhan dan boring seboring-boringnya......ada yg singgah ke kamar kecil dan ada juga yg ambil kesempatan minum secangkir kopi. Kami tiba di Hotel Nalendra, Bandung kira-kira jam 1.15 waktu Malaysia. Aku ditempatkan sebilik dgn wahida, staff jb office. Sempat mandi, pastu ZZZZZZZ.



Sabtu - 17/5/08 - Jam 5.00 waktu indonesia aku bangun untuk solat subuh kerana waktu itu suasana diluar pun menghampiri syuruk. Selepas solat, aku mandi dan selepas itu lebih kurang jam 6.00 waktu indonesia aku dan wahida dah turun ke tingkat 2 untuk bersarapan. Jam 9 kami bertolak menuju ke Gunung berapi Sangkuriang yang dipanggil Tangkuban Parahu. menurut kisah yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami, ianya berasal dari kisah dewa yang bercinta dgn ibunya sendiri. siibu hamil hasil perbuatan dgn seekor anjing lalu mendapat seorang putera yang dipanggil dewa sangkuriang. suatu hari siibu ingin memakan daging kijang lalu dia menyuruh anaknya pergi memburu. sianak memburu dgn ditemani anjing yang tidak diketahui bahawa anjing itu adalah bapanya sendiri. sianak gagal membawa balik kijang utk ibunya lalu disembelih anjing itu dan diberinya ibu makan. siibu sama sekali tidak tahu akan hal tersebut sehinggalah dia sedar anjing peliharaannya tiada untuk beberapa hari. setelah didesak2 barulah anaknya mengaku telah menyembelih anjing itu kerana gagal membawakan kijang pulang. kerana terlalu sedih dan kecewa siibu telah menghalau anaknya yang masih kecil keluar dari rumah mereka. setelah anaknya dewasa, anaknya bertemu semula dgn siibu lalu jatuh cinta. ketika itu siibu masih kelihatan muda. setelah diselidiki akhirnya siibu mengetahui bahawa kekasihnya itu adalah anaknya sendiri. tetapi sangkuriang tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya adalah ibunya sendiri. dan didalam satu tragedi yang telah membuatkan sangkuriang marah lalu ditendangnya perahu sehinggalah terbalik lalu membentuk gambaran perahu yg bertangkup disitu. kerana itulah tempat itu terkenal dgn panggilan Tangkuban Parahu. Perjalanan kami ke sana agak jauh menaiki bukit, sepanjang perjalanan kelihatan rumah2 kampung, kebun sayur-sayuran dan pelbagai pemandangan yang tidak dapat dilihat di Malaysia ada disini termasuklah 'askar wanita' yang berjalan lengkap berpakaian tentera dan bertopi 'combat'.



Jam 12 waktu malaysia kami berhenti makan tengahari di Dapur Sangkuriang. Agak unik tempatnya kerana kami makan dia pondok2 kecil yang disediakan dengan duduk bersila. Selepas makan kami memulakan aktiviti membeli-belah. Tempat kunjungan kami yang pertama iaitu DSE Factory outlet. Kemudian kami ke toko batik danar hadi dan seterusnya kami singgah di kawasan yang terdapat banyak factory2 oulet. diantaranya ada branded outlet, terminal tas, stamp, heritage dan renaritti. dari situ kami ke jalan lain pun yang terdapat Rumah Mode dan Donatello. jam menunjukkan hampir 8 malam waktu malaysia. kami masih bershoping di Rumah Mode. Ini adalah destinasi shoping terakhir untuk hari ini. dari situ kami terus pulang ke nalendra hotel. waktu itu jam sudah pun 10 malam, aku keletihan kerana terpaksa berkemas segala barangan yang telah dibeli kerana esok kami akan check-out dan berangkat ke jakarta. hampir jam 12.30 malam baru aku tidur.





Ahadhari kedua, aktiviti pertama kami selepas sarapan....ialah angkat semua bagasi2 kami masuk ke dalam bas dan selepas itu atas permintaan ramai kami dibawa semula ke Rumah Mode dan Donatello. aku tidak bershoping sakan seperti mereka2 kerana waktu itu juga aku telah pun period. aku hanya berkesempatan membeli 2 helai g-string. selepas itu kami ke Cibaduyut, pusat jualan barangan kulit ASPAL (asli tapi palsu) kata pak tomo tourist guide kami. aku tidak kemana2 utk bershoping barangan kulit dikawasan itu, cuma membeli kerepek2 utk dibawa buah tangan pulang ke malaysia. dari situ kami singgah makan tengahari di tempat makan yg bernama Ampera. dari situ kami meneruskan perjalanan ke jakarta. Sepanjang perjalanan semuanya lena kerana keletihan bershoping dan kekenyangan...hehehe...zzzzz......



kami tiba di jakarta jam 5 ptg. sesampainya kami di sana, kami dibawa menuju kesuatu tempat yang dinamakan Taman Mini Indonesia. taman itu diilhamkan oleh bekas presiden indonesia iaitu Presiden Suharto. Kawasannya sangat luas dan mengundang rasa kagum dihatiku. Disitu terdapat pelbagai binaan rumah2 tradisional indonesia, kebanyakannya besar2 seperti rumah jambi, minang, aceh, batak dan pelbagai lagi yang tidak dapat kuingati. Juga terdapat taman burung dan muzium2 seperti Muzium Tentera, Muzium Al-quran dan pelbagai bangunan yang besar2. Kemudian kami makan malam dan selepas makan, ada yang ke Sarinah, sebuah pusat membeli belah. tempatnya seperti shopping centre di kl jugak, seperti jj atau parkson. aku hanya menjamu mata memandangkan tiada apa yang patut dibeli kerana harganya agak mahal dan dari situ kami check-in di hotel Millenium.



Ahad - 18/5/08 - kami turun sarapan agak lewat dan selepas sarapan kami berjalan kaki ke shoping mall yang tidak jauh dari hotel tempat kami menginap. tempatnya besar, bernama Tanah Abang. Disitu adalah pusat jualan secara wholesale berbagai2 jenis pakaian kanak2, dewasa, kain2 ela, batik2, telekung2 dan bermacam2 lagi yang bikin mataku rambang....jam 12 tengahari kami bertolak keluar dari hotel menuju ke ITC Mangga Dua sebelum ke lapangan terbang utk pulang ke Malaysia. 2.30 ptg waktu indonesia kami menuju ke airport. terkandas disitu selama lebih 3 jam......jam 6.40 kami memulakan penerbangan pulang ke Malaysia. Selamat Tinggal Indonesia dengan seribu kenangan indah yg terpahat disanubari....

Khamis, Mei 15, 2008

puasa ganti sudah selesai


Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghabiskan qada puasaku yg kuhutang sebulan itu. Dengan kekuatan semangat dan keazaman aku gagahkan diri untuk melakukannya. Kerana kufikirkan baik la aku segerakan kerana umur hidup insan tidak dapat dijangka oleh sesiapa. Bermula pada hujung november sehinggalah awal mei aku telah menyelesaikan semuanya...syukur alhamdulillah.....


Isnin, April 28, 2008

whats new?

apa yang menarik hujung minggu lalu? sabtu aku kepenatan membuat urusan bersama mak mertua.....manakala ahad pula aku ke puchong rumah mak mertua jaja kerana mereka membuat kenduri sempena anak pertama jaja dan yan.

aku hanya membawa aina dan alyssa memandangkan anis, dekna ada kerja sekolah yang belum mereka siapkan. farhan pula nak ke tuisyen jam 2 ptg dah tentu tak dapat ikut.

yang bestnya, kami la.....akem dan aku sama2 tak reti jalan nak kesana. entah berapa kali kami sesat pun tak tau.....ahahaha memang biol......dan yang paling tragiknya......dah sampai kesitu pun kami boleh sesat ke kampung seberang sungai....ape daa.....betul2 buta huruf....ahahahaha.....

sesampai kami dirumah mak yan, org pun dah habis upacara membaca doa....betul2 kami datang untuk makan. lebih kurang jam 2 kami pulang......

p/s: nantikan entry aku sempena lawatan ke bandung 16 - 19 mei nanti......

Isnin, April 21, 2008

summary of april

sebenarnya banyak perkara yang tidak kucatitan didalam blog memandangkan kesibukanku dengan tugasan di pejabat.

5 April, 2008 - ada dua event, satu disekolah farhan dan satu lagi di sekolah dekna/anis. tahun lepas pun begitu, dua event serentak di minggu yang sama. tahun lepas, aku kesekolah farhan utk meraikan sambutan maulidurrasul tapi tahun ni, aku kesekolah dekna/anis utk menemankan mereka bersukan. aku hanya pergi berdua dgn alyssa menaiki teksi, balik dari sekolah mereka pun begitu......

12 April, 2008 - temasya sukan disekolah farhan. aku dan alyssa pergi agak lewat. suasana sukannya tak semeriah sukan disekolah dekna. mungkin kerana dibuat ditempat lapang dan jumlah pelajar tak seramai di convent. bagaimanapun keseronokan bebudak dengan medal2 dan piala yang dimenangi amat ketara walaupun diraikan di tengah cuaca yang panas membahang.

Jumaat, Mac 21, 2008

macam2 ada

sebenarnya aku berniat hendak menaip entry sehabis pilihanraya umum ke 12 dua minggu yang lalu. tapi kerana insiden digicamku hilang, aku mula hilang mood, hilang perasaan untuk menaip blog.

kalau diikutkan macam2 yang ingin aku kongsi tetapi, yang dah berlalu aku malas nak tulis. aku cuma ingin mengingati perkara2 yang ada kena mengena dgn alyssa saja.

rabu - 19/3/08. sebaik aku pulang kerumah dan mengambil alyssa, aku dapati alyssa dah pun bertindik di telinganya, memakai anting2 berwarna merah. sayangnya aku tak dapat nak kongsi kenanganku disini disebabkan ketiadaan digicamku. mungkin juga alyssa ditindik oleh pakcik yang datang menindik telinga kanak2 dari rumah ke rumah. dan seingatku pakcik itulah yang menindik telinga dekna, anis dan aina (kalau tak silap akulah).

semalam, cuti maulidur rasul. mak mertuaku nak balik ke batu pahat ditemani anis. sebelum pergi sempat dia hadiahkan anting2 emas kecil untuk dipakai oleh alyssa. aku simpan dulu kerana belum sesuai untuk dipakai buat masa ni. mungkin dalam masa sebulan lagi baru aku akan tukarkan anting2 merah tu dengan yang diberikan oleh neneknya.....

Khamis, Februari 21, 2008

fiza bertunang....17/2/08


cup cake yg fiza bagi aku.....


hantaran yang yusof bagi kat fiza



amboi.....berseri2 kau fiza....

17/2/08 yang lalu, fiza bertunang buat kali kedua dalam hidupnya. pertama kali pada tahun 2003 dengan seorang insan bernama wal al-el-braati shah atau panggilan singkatnya dabal. tapi itulah yang ditakdirkan tuhan, sangat singkat tempoh pertunangan mereka yang seingat aku hanya bertahan beberapa bulan. waktu yang sukar bagi fiza, hanya aku tempat dia meluah segala yang terbuku dan tersirat dalam hatinya. aku menjadi seorang yang mendengar dan dikala itu apa yang boleh aku berikan sebagai pandangan hanyalah buat yang terbaik untuk diri sendiri, jangan paksa diri terima sesuatu yang belum tentu membahagiakan. aku tak mahu dia jadi seperti aku yang tidak bahagia, yang terpaksa menjalani kehidupan yang penuh membosankan.

kali ini fiza bertunang dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya yang bernama Ar. Yusof Nik, seorang akitek kaya yang mempunyai firma akiteknya sendiri, DPC Architect. dah itulah namanya rezeki yang ditetapkan tuhan, yang telah tertulis di luh mahfuz.

aku sebagai seorang teman hanya mampu mendoakan fiza bahagia dengan pilihannya dan selamat melayari bahtera kehidupan berumah tangga dengan lelaki pilihannya.

apa yg menarik? apa yg kurang menarik?

apa yg menarik sempena cuti chinese new year? takde.....aku, dekna dan alyssa ke rumah emak 2 hari sebelum cuti habis, manakala yang lain2 balik ke batu pahat.

minggu lepas, dekna start demam. lepas tu berturutan kepada aina, alyssa, mak mertuaku, anis dan akhir sekali farhan. kugagahkan jua menjaga mereka walaupun zahirnya aku sendiri agak libang-libu.

jadi.....apa yang menarik akanku tulis dlm entry seterusnya.

gambar2 kak ani kawin


bf ting, ting, hajar, irma, pengantin, aku, aina, asyraf (anak asma)


kak mar, man, fiza, aku, aina



fiza, aku, kak ani, kak amy




azwa, ct hajar, pengantin, ting, wahida, irma, ida

Isnin, Februari 04, 2008

2/2/08 - roaini kawin

pada sabtu yang lalu bersamaan 2/2/08 telah berlangsung majlis resepsi rakan sepejabatku, roaini isamail. majlis diadakan di dewan majlis perbandaran selayang yang terletak di kawasan perumahannya juga. manakala akad nikah telah diadakan sehari sebelumnya iaitu pada 1 februari 2008.

kak ani telah menemui jodohnya pada usia yang akan menjangkau 50 tahun pada 1 julai nanti. itulah yang dinamakan jodoh yang ditetapkan allah. kami di pejabat semua teruja dengan perkhabaran ini........ehehehe rasanya macam wedding of the year la......walaupun wedding of the year sebenarnya akan diraikan sedikit masa lagi.....grand gitu.

aku berjanji dgn fiza akan ke majlis bersama2. fiza kata dlm jam 12 sampai la kat rumah aku. aku pun dgn confidentnya turun dgn aina jam 12. kebetulan hari tu jalan jem sangat. jalan depan stadium menuju ke bkt bintang ditutup kerana ada persembahan tarian singa ke naga ke yang dianjurkan oleh kekkwa. tunggu punye tunggu.....jam 1 lebih baru fiza sampai dgn man.....angin je aku....aina lagi la angin...ahahaha.....

dengan jalan yg jem, kami tiba di dewan tu lebih kurang kurang 10 minit jam 2 ptg. man hadiah microwave oven yg berat tapi.....tulis nama aku ngan fiza sekali...ahaha macam masuk share. aku sebenarnya dah masuk share ngan bebudak ofis yg lain.....beli penyedut hampagas, lebih kurang 5, 6 ratus gak collection kami tu.....ape da......banyak betul nama aku naik......

dlm dewan, ramai staff dan ex-staff yang kami jumpa diantaranya pakcik hasan sekeluarga, kak marziah sekeluarga, hazni & family, jamalullail & family, saiful nizam yg cuma dtg solo.......aku dgn fiza menyelit2 je mana2 ada sesi fotografi......walaupun aku tahu muka aku tak fotogenik tapi aku masuk je la........

lebih kurang jam 3 lebih kami gerak ketika tu hujan pun dah start lebat. sampai dirumah lebih kurang jam 4 ptg.

boring sikit entry ni sbb takde gambar nak attach. tunggu next entry masukkan gambar pengantin.....

Isnin, Januari 28, 2008

weekendku di batu pahat


agak lama aku bertapa. takde masa atau takde idea atau apa2 aje, aku pun kurang pasti. sabtu yang lalu, 26/1/08 tiba2 aje mak mertua ajak balik. dah la banyak kain utk dicuci, yg tak berlipat pun boleh tahan banyaknya. jadi aku dgn speed yang agak laju berkemas rumah dan pakaian2 yang hendak dibawa...walaupun pada zahirnya aku agak lemau kerana berpuasa ganti hari tu. cuma aku tak sempat nak menggosok pakaian sekolah bebudak tu aje....mmmm biarlah....


jam 6 baru bertolak ke sana. aku cuma berbuka dgn limau je dlm kereta. lebih kurang jam 8 baru singgah kat rnr ayer keroh, makan. bebudak makan nasi ayam kecuali farhan. biasa la dia, mesti nak lebih....makan nasi goreng paprik. langsung tak reti masak indon tu. aku makan apa? aku order soto tapi ada la 3 ketul je nasi impit dlm tu....ahahaha cinabeng punye kedai. kami sampai di batu pahat lebih kurang jam 10.30....singgah sebentar di rumah acu. ziarah dia dan famili. tapi masa tu cuma ada dia ngan paksu husin je....berborak kisah paksu husin yg sakit. sampai rumah nenek lebih kurang jam 11 la.


nenek sangat uzur. aku sedih dan hiba tapi perasaan itu cuma kurasakan didalam dada. walau seberat mana kurasakan, inilah kenyataan hidup seorang insan. begitu juga denganku. satu hari aku jua akan dipanggil pergi menghadap illahi. bukan selamanya aku akan berpijak di atas bumi milik tuhan ini. kulit nenek sangat melanjut dan menipis, tidak lagi melekat ditulang. begitu juga dgn mata nenek. kulit disekeliling mata hampir menutupi kelopak mata nenek. walaupun dia tidak lagi mampu bangun dan berjalan, aku lihat nenek mampu bangun dan duduk sendiri...mungkin dia rasa bersemangat dengan kehadiran cucu dan cicitnya.


pagi semalam, aku ke k4 batu pahat, belikan barang keperluan nenek. jam 9 malam kami bertolak balik ke kl. serasa berat kakiku melangkah meninggalkan nenek tapi aku kuatkan hati dan tidak menunjukkan kesedihanku kerana aku tahu, walau sesedih mana pun aku, satu hari nenek tetap akan pergi meninggalkan kami semua......