Isnin, Disember 01, 2008

hujung mingguku

hujung mingguku masih lagi dirumah mak. hari sabtu kulalui seperti biasa. selepas subuh aku mencuci pakaian dan berkemas rumah sampai keletihan. jam 1 pergi kenduri adik angkat saleh di kajang dengan menaiki motosikal sahaja. cuaca agak mendung dan aku yg agak mengantuk sempat tertidur di atas motor sebelum sampai di kajang. balik dari kajang aku kebasahan dek hujan.

sekembalinya aku kerumah mak, mandi dan solat asar sementara yg lain2 minum petang dengan apam balik dan popiah yang dibeli oleh jaja. tak lama selepas itu abah menerima panggilan telefon dari pak ngah yang mengatakan anaknya siti hajar mengalami kekejangan dan gigil dan memerlukan bantuan kami. kebetulan pula waktu tu lin dan lias baru keluar utk meronda2. abah dan jaja dah bergerak awal ke rumah pak ngah. dan bila lin dan lias sampai, aku menertai mereka ke rumah pak ngah.

setibanya di sana, keadaan siti hajar yang kejang dan sawan sangat teruk sehinggakan keadaan fizikalnya dengan mata terbeliak ke atas, kukunya biru, tubuhnya panas dan tekaknya yang berbunyi kuat penuh dengan air liur. aku perhatikan mak ngah dan hafiz (abg sulungnya) yang berada ditepinya. mak ngah sangat sedih tak henti2 menangisi keadaan siti hajar. selepas dibacakan dan ditenangkan oleh lias, keadaan reda sekejap tapi dia tetap tidak sedarkan diri. dan serangan sawan itu kembali dengan kekerapan yang agak dekat. selepas solat maghrib kami memutuskan utk menghantar dia ke damai service hospital. setiba di sana keadaan tetap juga tidak berubah. tak dapat kupastikan berapa lama kami di sana dan setelah damai tidak dapat menyelamatkan keadaan, pihak mereka meminta kami menghantar hajar ke hospital kuala lumpur.

sebaik lin dan lias nak ke rumah mak ngah utk mendapatkan ic dan discharge letter, mak ngah yang berkeadaan sangat tidak bermaya mengatakan ingin pulang kerumah kerana rasa tidak berdaya. aku menemaninya kekereta dan sebaik saja tiba di kereta mak ngah terus pengsan. ketika itu keadaan sedih menyelubungiku melihat keadaan keluarga mereka yg tidak tentu arah. aku turut menangis melihat keadaan mak ngah dan kami memapah mak ngah ke atas katil tolak dan ditolak masuk ke sebelah bilik kecemasan. selepas mak ngah sedar, aku berikan mak ngah minum air mineral memandangkan mak ngah sangat lemah. setelah ambulans datang dan kami ingin mengikut ke hospital kuala lumpur, aku menyusul di belakang ambulans bersama dengan lin dan lias manakala abah dan jaja menghantar mak ngah balik kerumah.

kami disana bersama hafiz yang mengikut naik bersama ambulans cuma dpt menunggu diluar kerana tidak dibenarkan berada dengan pesakit. kami menunggu sehingga shah sampai dan selepas itu kami bertiga pulang kerumah mak.

petang semalam aku, ipah, aqilah dan abah menziarah hajar di wad icu. ada acu man dan mak cu, lps mereka keluar, barulah aku dan aqilah masuk ke dalam kerana hanya dua org pelawat dibenarkan dalam satu-satu masa. dia tidak mengalami kekejangan lagi. hanya tidur dan lena selayaknya bagi org yang sakit. bila ku jamah dahi dan lengannya ternyata panas badannya masih ada. tekanan darahnya juga agak rendah tapi keadaannya lebih elok berbanding semalam. selepas itu ipah masuk kedalam dgn mak ngah dan bila ipah dah keluar barulah abah masuk. kami sampai dirumah sebelum maghrib.

Tiada ulasan: