Isnin, Mei 26, 2008

entry bandung

entry ini kucatat sempena trip ke bandung pada 16 - 19 mei 2008 yang lalu.



Pagi2 aku keluar bersarapan di sebuah kedai makan di jalan kg attap bersama kekasih kesayanganku. sebelum berangkat ke klia, sempat lagi sidia belikan aku jeans. lepas tu aku terus rasa nak pakai jeans tu dan terus tukar t shirt sekali hehehe.....Jam 11 aku bertolak dari KL Sentral dengan menaiki Airport Coach, tambang hanya RM18 untuk dua hala. Jam 12 tiba di KLIA, makan bubur pulut hitam di level 3. Selepas makan, kami ke level 5 untuk berkumpul bagi proses seterusnya. Tunggu orang2 sampai la, bla, bla, bla sampai ngantuk dan boring. Hampir jam 2 ptg baru kami dapat declaration form beserta tiket dan passport. Waktu itu juga mereka2 yang bawa bagasi2 besar hendaklah menyerahkan kepada pihak airport untuk diisi di bahagian bawah pesawat. Aku tiada bagasi besar, cuma bawa satu beg pakaian beserta satu backpack yang diberikan oleh travel agent berwarna merah.



Jam 3 petang kami menaiki tren menuju ke flight.Sampai di hadapan flight, tunggu giliran dorang panggil utk masuk ke dalam flight. Kira-kira jam 4 ptg kami terbang dan tiba di lapangan terbang sukarno hatta, jakarta pada jam 5.50 petang.



Jam 7 waktu malaysia (jam 6 waktu indonesia) kami pun bergerak menaiki bas menuju ke bandung. Disana keadaan sudah gelap walaupun baru jam 6. Barulah aku faham bahawa jam mereka lewat sedangkan malam sudah menjelma. Suasana trafik di jakarta amat mengilukan tangkai jantungku. dimana2 aje jem, semua hala jemmmm!!!! kami singgah makan di sebuah tempat makan yang dinamakan Rumah Gadang Nasi Padang.....berdepan dengan sebuah kedai yang bernama Terminal Goyang Lidah....hehehe aneh sungguh istilah2 yang digunakan disini. Lebih kurang jam 8 lebih kami meneruskan perjalanan ke bandung yang menurut tourist guide tu mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan dari jakarta. Tetapi??? wah...sungguh tidak tertahan rasanya kerana sewaktu jarum jam sudah menunjukkan pukul 12 waktu malaysia kami masih belum tiba di bandung. bas berhenti sekejap di satu tempat yang tidak ku ketahui namanya. masing2 mengeluh keletihan, kelenguhan dan boring seboring-boringnya......ada yg singgah ke kamar kecil dan ada juga yg ambil kesempatan minum secangkir kopi. Kami tiba di Hotel Nalendra, Bandung kira-kira jam 1.15 waktu Malaysia. Aku ditempatkan sebilik dgn wahida, staff jb office. Sempat mandi, pastu ZZZZZZZ.



Sabtu - 17/5/08 - Jam 5.00 waktu indonesia aku bangun untuk solat subuh kerana waktu itu suasana diluar pun menghampiri syuruk. Selepas solat, aku mandi dan selepas itu lebih kurang jam 6.00 waktu indonesia aku dan wahida dah turun ke tingkat 2 untuk bersarapan. Jam 9 kami bertolak menuju ke Gunung berapi Sangkuriang yang dipanggil Tangkuban Parahu. menurut kisah yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami, ianya berasal dari kisah dewa yang bercinta dgn ibunya sendiri. siibu hamil hasil perbuatan dgn seekor anjing lalu mendapat seorang putera yang dipanggil dewa sangkuriang. suatu hari siibu ingin memakan daging kijang lalu dia menyuruh anaknya pergi memburu. sianak memburu dgn ditemani anjing yang tidak diketahui bahawa anjing itu adalah bapanya sendiri. sianak gagal membawa balik kijang utk ibunya lalu disembelih anjing itu dan diberinya ibu makan. siibu sama sekali tidak tahu akan hal tersebut sehinggalah dia sedar anjing peliharaannya tiada untuk beberapa hari. setelah didesak2 barulah anaknya mengaku telah menyembelih anjing itu kerana gagal membawakan kijang pulang. kerana terlalu sedih dan kecewa siibu telah menghalau anaknya yang masih kecil keluar dari rumah mereka. setelah anaknya dewasa, anaknya bertemu semula dgn siibu lalu jatuh cinta. ketika itu siibu masih kelihatan muda. setelah diselidiki akhirnya siibu mengetahui bahawa kekasihnya itu adalah anaknya sendiri. tetapi sangkuriang tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya adalah ibunya sendiri. dan didalam satu tragedi yang telah membuatkan sangkuriang marah lalu ditendangnya perahu sehinggalah terbalik lalu membentuk gambaran perahu yg bertangkup disitu. kerana itulah tempat itu terkenal dgn panggilan Tangkuban Parahu. Perjalanan kami ke sana agak jauh menaiki bukit, sepanjang perjalanan kelihatan rumah2 kampung, kebun sayur-sayuran dan pelbagai pemandangan yang tidak dapat dilihat di Malaysia ada disini termasuklah 'askar wanita' yang berjalan lengkap berpakaian tentera dan bertopi 'combat'.



Jam 12 waktu malaysia kami berhenti makan tengahari di Dapur Sangkuriang. Agak unik tempatnya kerana kami makan dia pondok2 kecil yang disediakan dengan duduk bersila. Selepas makan kami memulakan aktiviti membeli-belah. Tempat kunjungan kami yang pertama iaitu DSE Factory outlet. Kemudian kami ke toko batik danar hadi dan seterusnya kami singgah di kawasan yang terdapat banyak factory2 oulet. diantaranya ada branded outlet, terminal tas, stamp, heritage dan renaritti. dari situ kami ke jalan lain pun yang terdapat Rumah Mode dan Donatello. jam menunjukkan hampir 8 malam waktu malaysia. kami masih bershoping di Rumah Mode. Ini adalah destinasi shoping terakhir untuk hari ini. dari situ kami terus pulang ke nalendra hotel. waktu itu jam sudah pun 10 malam, aku keletihan kerana terpaksa berkemas segala barangan yang telah dibeli kerana esok kami akan check-out dan berangkat ke jakarta. hampir jam 12.30 malam baru aku tidur.





Ahadhari kedua, aktiviti pertama kami selepas sarapan....ialah angkat semua bagasi2 kami masuk ke dalam bas dan selepas itu atas permintaan ramai kami dibawa semula ke Rumah Mode dan Donatello. aku tidak bershoping sakan seperti mereka2 kerana waktu itu juga aku telah pun period. aku hanya berkesempatan membeli 2 helai g-string. selepas itu kami ke Cibaduyut, pusat jualan barangan kulit ASPAL (asli tapi palsu) kata pak tomo tourist guide kami. aku tidak kemana2 utk bershoping barangan kulit dikawasan itu, cuma membeli kerepek2 utk dibawa buah tangan pulang ke malaysia. dari situ kami singgah makan tengahari di tempat makan yg bernama Ampera. dari situ kami meneruskan perjalanan ke jakarta. Sepanjang perjalanan semuanya lena kerana keletihan bershoping dan kekenyangan...hehehe...zzzzz......



kami tiba di jakarta jam 5 ptg. sesampainya kami di sana, kami dibawa menuju kesuatu tempat yang dinamakan Taman Mini Indonesia. taman itu diilhamkan oleh bekas presiden indonesia iaitu Presiden Suharto. Kawasannya sangat luas dan mengundang rasa kagum dihatiku. Disitu terdapat pelbagai binaan rumah2 tradisional indonesia, kebanyakannya besar2 seperti rumah jambi, minang, aceh, batak dan pelbagai lagi yang tidak dapat kuingati. Juga terdapat taman burung dan muzium2 seperti Muzium Tentera, Muzium Al-quran dan pelbagai bangunan yang besar2. Kemudian kami makan malam dan selepas makan, ada yang ke Sarinah, sebuah pusat membeli belah. tempatnya seperti shopping centre di kl jugak, seperti jj atau parkson. aku hanya menjamu mata memandangkan tiada apa yang patut dibeli kerana harganya agak mahal dan dari situ kami check-in di hotel Millenium.



Ahad - 18/5/08 - kami turun sarapan agak lewat dan selepas sarapan kami berjalan kaki ke shoping mall yang tidak jauh dari hotel tempat kami menginap. tempatnya besar, bernama Tanah Abang. Disitu adalah pusat jualan secara wholesale berbagai2 jenis pakaian kanak2, dewasa, kain2 ela, batik2, telekung2 dan bermacam2 lagi yang bikin mataku rambang....jam 12 tengahari kami bertolak keluar dari hotel menuju ke ITC Mangga Dua sebelum ke lapangan terbang utk pulang ke Malaysia. 2.30 ptg waktu indonesia kami menuju ke airport. terkandas disitu selama lebih 3 jam......jam 6.40 kami memulakan penerbangan pulang ke Malaysia. Selamat Tinggal Indonesia dengan seribu kenangan indah yg terpahat disanubari....

Tiada ulasan: