Selasa, Jun 26, 2007

Dugaan dalam hidup kami sekeluarga

Tanggal 7 Jun 2007 adalah tarikh yang amat sedih, telah mengubah hidup kami sekeluarga, adik-beradik, abah terutama sekali mak....dalam sekelip mata kebahagiaan kami bagai direntap. Namun kami redha dgn ketentuan Ilahi yang menetapkan ini takdir buat kami. Ini yang kami terpaksa terima walaupun pedih dan sedih, hingga sentiasa mengalir air mata kami menerima ketentuan itu. Tapi apa yang lebih penting bagi kami adalah kesejahteraan mak yang kami sayangi. Kami tak mahu mak menderita atau menemui ajal sebelum sampai masanya.

Kesabaran dan semangat itu amat penting untuk mak. Alhamdulillah, sejak hai pertama mak dimasukkan ke hospital tidak pernah putus2 tetamu dtg menziarah yg terdiri dari rakan setaman, rakan2 mak, abah, rakan2 kami adik-beradik dan juga saudara-mara kami.

Semoga dengan dugaan Allah ini semakin kuatlah semangat kami sekeluarga untuk mengharungi badai kehidupan......

1 ulasan:

atie berkata...

sayang..sabarlah dgn dugaan ini kerana itu semua datang darinya