im back!!!!setelah beberapa bulan aku tak menjenguk blog, hari ni barulah dtg mood aku untuk kembali menaip apa yg aku rindukan.....apa ya topik? AF? AF5 dah berakhir dengan memberi kemenangan kepada calon yg aku rasa layak iaitu MILA. Kalau Aizat tak tersingkir diminggu ketujuh, mungkin juga kejuaraan milik Aizat. Tapi itulah namanya suratan, dan dah memang rezeki berpihak kepada MILA.
Minggu lalu (26/5/07) aku ke Sitiawan, Perak bagi meraikan majlis perkahwinan anak pak tam, mak tam yg keempat iaitu Raihan Ezanee atau dgn panggilan dikalangan kami, An. An bertemu jodoh dgn seorang jejaka yang berasal dari Baling, Kedah yang bertugas sebagai anggota bomba di Pulau Pangkor.....Kenduri diadakan pada sebelah malam jadi kuranglah berperang dengan cuaca panas dan alhamdulillah tetamu yang hadir boleh tahan...ramai.
aku hanya sempat melayan situasi sampai jam 10.30 malam aje dan selepas tu, kerana keletihan yang amat sangat, aku mengajak anak2ku tidur...keesokannya selepas solat zohor kami sempat ke teluk batik bagi merendamkan diri di dalam air laut teluk batik....hampir 3 jam aku berendam...lepas geram hehe.....
kami bertolak pulang ke kuala lumpur lebih kurang jam 8 lebih sehabis solat dan makan malam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan