Jumaat, Disember 21, 2007

Alyssa Afeena dah meniarap






Alyssa Afeena dah meniarap hehe......excited tul dia. pantang letak je mesti meniarap. sekarang nak pakaikan alyssa diapers pun dah susah. nak pakai je meniarap. mentang2 la ada aktiviti baru....memang suka la dia. next month aktiviti baru plak....start makan. nanti tgk la mulut dia comot lepas makan........

Selasa, Disember 18, 2007

takde idea la.....

takde idea la.....agak beku aku seminggu dua ni. tapi lusa apa ek? oh....kita akan cuti sempena raya korban...pastu weekend, pastu cuti krismas. Bosannya, takde aktiviti menarik tapi apa boleh buat...no money no talk hehe.....

Selasa, Disember 04, 2007

pic Alyssa Afeena











Farhan berkhatan


Butiran utkku ingati: 1/12/2007 , Sabtu jam 9.00 pagi. Anak sulungku Ahmad Farhan telah selamat dikhatankan di klinik famili, batu caves. Abah, suami dan anak2 yang lain mengiringi. Cuma aku dan baby yang tak pergi. Balik dari klinik, menangis kesakitan....yang sebenarnya manja tu. Gelihati, kat klinik tak nangis....balik rumah nangis pulak hehe....apa pun inilah pengalaman untuk melangkah ke alam dewasa. Apa lagi pengalaman lain? aku tak tahu kerana aku masih memerhati fasa anak2 membesar dan menunggu waktu untuk mereka masuk ke fasa remaja.

Selasa, November 13, 2007

Alyssa Afeena

Alhamdulillah dgn anugerah tuhan kepadaku sekeluarga. Sehari sebelum umat islam menyambut ramadan aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang merupakan anakku yang kelima, Alyssa Afeena. Butiran utkku ingati sebagai kenangan: jam 4.50 pagi, 12 September 2007.

Walaupun kelahirannya lewat sehari dari hari lahirku tapi aku bersyukur, tapi...jenuh la aku kena qada puasa sebulan.

Selasa, September 11, 2007

hadiah teristimewa dari org yang paling istimewa


tiada apa lagi yang lebih istimewa selain menerima hadiah paling diidamkan dihari lahirku dari org yang paling istimewa. memang itu idamanku dan hajat tak kesampaian kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan. tapi semalam, aku menerima hadiah itu dengan penuh debaran dan bila kubuka....ohhhhh....sungguh gembira dan terharu dgn pemberian sidia sempena hari lahirku hari ini.....


betapa aku menghargai pemberianmu wahai sayang.....itu adalah hadiah paling bermakna dan berharga buatku....fuhhhh ayat power......

family day @ cherating @ 31st aug - 2nd sept


apa lagi yang menarik untuk dikongsi setelah lama aku menyepikan diri dari menulis di blog. hati berbunga, lagipun bebudak excited nak ke sana. maka, pada 31 ogos, kami ke cherating. bertolak dari kl lebih kurang jam 5 ptg......drive slowly......lebih kurang jam 10 malam lebih jugak, perut memasing dah berkeroncong.


singgah makan sebelum check-in kat suria beach resort. sesampai kat sana, apa lagi aktiviti selain tidur....pepagi lps breakfast, kami konvoi ke taman pertanian jubli perak. kat situ ada yang memancing, dan lelain tu tour keliling taman menaiki kenderaan percuma yang disediakan. kami sampai tu org dah abis keliling so terpaksa la tunggu next trip dalam lebih kurang jam 11.30 gitu kot (ingat-ingat lupa hehe).


agak menarik, kerana di kelilingnya dipenuhi dengan pokok2 buah2 an. ada pokok ciku, belimbing, cempedak, rambutan, durian bla, bla, bla.......yang bestnya kami sesama melihat sekeliling kot2 ada buah durian yang gugur...pas abis ronda, kami sambung aktiviti termenung hehe.....lebih kurang jam 12.30 makan time....bufet aje kat dewan berdekatan.


lepas makan kami cau ke kemaman, cari atm nak kuar duit ma......alhamdulillah jumpa kat petrol pam petronas. so, lepas tu balik aje ke resort, bebudak dgn semangat wajanya nak ke pool la.....aku tak larat melayan.....biarlah dorang ngan ayah dorang berendam hehe.....


dkt kul 5 gak baru dorang naik.....pastu kami turun plak join staf makan buah2 kat tepi pantai. ada rambutan, duku langsat, dokong, durian dan keropok lekor......aduh aku makan sampai senak....staf2 lelaki lepas makan sambung main volleyball....yg pompuan ada yang amik kesempatan berendam dalam laut...ahahaha aku jeles.....anak2 plak sambung mandi kat pool....hah.....sampai kul 7.


malamnya, dinner tapi aku x larat nak makan. bebudak plak dah layu mata penat sangat berendam. lepas amik gift utk dorang, aku dapat lucky draw tapi hadiahnya kena amik kat opis....kami terus balik ke bilik nak angkat barang sebab nak balik cepat ke kl. rupa-rupanya dorang nak tidur dulu....ok la. lebih kurang jam 3 lebih kami bertolak pulang ke kl dalam keadaan yang sejuk gitu.....


alhamdulillah perjalanan kami selamat walaupun pandu dengan perlahan sebab hiway dipenuhi kabus (salah masuk hiway jabor daaaa)........


Selasa, Julai 17, 2007

Hashim kahwin @ 15 Julai, 2007



Hashim kahwin...pada mulanya Man kata kami naik 4 org sekereta tapi last minute waktu nak ke Senawang tu Ani tak dapat pergi. Jadi, hanya Man, aku dan fiza aje yg dok dlm kereta. Man sampai di rumahku lebih kurang jam 11.40 pagi. Kemudian kami terus ke Taman Puncak Jalil utk pikap fiza. Yang bestnya, jalan menuju ke rumah fiza tu dah tutup dan kami berpusing2 sebanyak 3 kali terpaksa lalu jalan jauh ke rumah fiza.
Setiba kat Senawang pun macam tu jugak, fiza mamai. Baca map pun silap daaaa....sesampai kami kat rumah pengantin, ramai geng2 yg mula beransur pulang. Tapi kami sempat jumpa bebudak ofis seperti Manaf Rasyid, Zainal, Azlan & the family dan ayie budak praktikal.
Lepas makan, kami bergambar dan lepas tu chow. 3.30 kami sampai di rumah fiza dan singgah solat zohor dan minum teh secawan. Sebaik tiba di rumah, azan asar pun berkumandang......


Selasa, Jun 26, 2007

Dugaan dalam hidup kami sekeluarga

Tanggal 7 Jun 2007 adalah tarikh yang amat sedih, telah mengubah hidup kami sekeluarga, adik-beradik, abah terutama sekali mak....dalam sekelip mata kebahagiaan kami bagai direntap. Namun kami redha dgn ketentuan Ilahi yang menetapkan ini takdir buat kami. Ini yang kami terpaksa terima walaupun pedih dan sedih, hingga sentiasa mengalir air mata kami menerima ketentuan itu. Tapi apa yang lebih penting bagi kami adalah kesejahteraan mak yang kami sayangi. Kami tak mahu mak menderita atau menemui ajal sebelum sampai masanya.

Kesabaran dan semangat itu amat penting untuk mak. Alhamdulillah, sejak hai pertama mak dimasukkan ke hospital tidak pernah putus2 tetamu dtg menziarah yg terdiri dari rakan setaman, rakan2 mak, abah, rakan2 kami adik-beradik dan juga saudara-mara kami.

Semoga dengan dugaan Allah ini semakin kuatlah semangat kami sekeluarga untuk mengharungi badai kehidupan......

Isnin, Jun 04, 2007

im back!!!!



im back!!!!setelah beberapa bulan aku tak menjenguk blog, hari ni barulah dtg mood aku untuk kembali menaip apa yg aku rindukan.....apa ya topik? AF? AF5 dah berakhir dengan memberi kemenangan kepada calon yg aku rasa layak iaitu MILA. Kalau Aizat tak tersingkir diminggu ketujuh, mungkin juga kejuaraan milik Aizat. Tapi itulah namanya suratan, dan dah memang rezeki berpihak kepada MILA.


Minggu lalu (26/5/07) aku ke Sitiawan, Perak bagi meraikan majlis perkahwinan anak pak tam, mak tam yg keempat iaitu Raihan Ezanee atau dgn panggilan dikalangan kami, An. An bertemu jodoh dgn seorang jejaka yang berasal dari Baling, Kedah yang bertugas sebagai anggota bomba di Pulau Pangkor.....Kenduri diadakan pada sebelah malam jadi kuranglah berperang dengan cuaca panas dan alhamdulillah tetamu yang hadir boleh tahan...ramai.


aku hanya sempat melayan situasi sampai jam 10.30 malam aje dan selepas tu, kerana keletihan yang amat sangat, aku mengajak anak2ku tidur...keesokannya selepas solat zohor kami sempat ke teluk batik bagi merendamkan diri di dalam air laut teluk batik....hampir 3 jam aku berendam...lepas geram hehe.....


kami bertolak pulang ke kuala lumpur lebih kurang jam 8 lebih sehabis solat dan makan malam.....








Khamis, Mac 22, 2007

Yea, yea...ani kawin (17/3/07)







Pada sabtu yg lalu, bersamaan 17/3/2007, kami staf nfl sewa bas ke kenduri ani di Melaka. Ani tu receptionist kami. Seronoknya rombongan cik kiah kami tu. Kami bertolak lebih kurang jam 9 pagi dari opis....dalam keadaan cuaca hujan renyai2. Sampai di rumah ani kurang lebih jam 1 kot. Jam 2, kami bergerak pulang, sempat singgah solat tak jauh dari lorong masuk ke rumah ani. Lepas solat, kami gerak dan singgah di banda hilir. Jenjalan le...apalagi. Sempat le kami singgah minum kat food court seberang Dataran Pahlawan. Masyuk gak makanan kat situ. Aku sempat makan laksa asam dgn teh taik, fiza makan rojak buah, ayie bdk praktikal lagi masyuk....layan nasi kosong dgn asam pedas, cendol....adam mkn kuih karipap 2 ketul, yang si fadil sibuk merakam tempat kejadian ahahaha.



Kami sampai di KL lebih kurang jam 7, aku terus naik lrt balik kerumah mak. Aduh.....letih bangat!!!!



Isnin, Januari 29, 2007

Flora Fest @ Putrajaya - 27/1/2007




Sabtu lalu, Flora Fest 2007 diadakan di Putrajaya Precinct 2, berhadapan MOF (Khazanah) juga hadapan Menara Pjh. Aku sampai agak lewat, panasnya memang sampai membakar kulit...keringnya tekak tuhan aje yang tahu. Bila perarakan selesai, aku que beli tiket plak.
Pastu, sementara menunggu jam 12 utk membolehkan aku masuk kedalam khemah statik kereta berhias tu...aku call jaja. Alhamdulillah, memang rezeki aku jumpa jaja. Jaja ajak aku mengisi perut guna kupon. Aku pun belasah nasi sepinggan dgn air tebu, dok lepas berkelah kat taman tu je. Ok gak, ada angin so...kurang le tahap kepanasan. Pastu jaja dah nak chow, bagi aku kupon lagi. Aku tapau burger 7, air kotak 7 ngan air tin 2......hehe rezeki.
Bila jam dah 12.30 aku tgk takde pun laluan yang membolehkan kami masuk ke dalam khemah dgn jayanya. So, tanpa membuang masa....kitorang pun chow...hehehe....letih.

Selasa, Januari 23, 2007

Tahun Baru 2007 & Salam Maal Hijrah 1428

Cepat sungguh masa berlalu...rasanya baru lagi tahun 2000. Rupanya dah 7 tahun meninggalkanku di belakang. Apa yg menarik di awal tahun ni? takde apa yang menarik....Hujung tahun 2006 diakhiri dengan upacara penutup memberi award kepada staf pnfl. Penerima kali ni ialah Zainal, Fiza, Hindun, Suk Luan & Abd Manaf Rashid. Pastu org halfday selepas jamuan, aku kena kerja huhuhuhu.....esoknya org bersuka ria nak sambut raya korban, aku kerja lagi sampai jam 10 mlm. Balik baru sibuk memasak...hehe.
Di hari raya dan 2, 3 hari selepasnya ada kejadian2 yg kurang menyenangkan tapi aku malas nak catatkan di sini. Sehingga kini, rutinku kembali seperti biasa......Ok chow