Selasa, September 11, 2007

family day @ cherating @ 31st aug - 2nd sept


apa lagi yang menarik untuk dikongsi setelah lama aku menyepikan diri dari menulis di blog. hati berbunga, lagipun bebudak excited nak ke sana. maka, pada 31 ogos, kami ke cherating. bertolak dari kl lebih kurang jam 5 ptg......drive slowly......lebih kurang jam 10 malam lebih jugak, perut memasing dah berkeroncong.


singgah makan sebelum check-in kat suria beach resort. sesampai kat sana, apa lagi aktiviti selain tidur....pepagi lps breakfast, kami konvoi ke taman pertanian jubli perak. kat situ ada yang memancing, dan lelain tu tour keliling taman menaiki kenderaan percuma yang disediakan. kami sampai tu org dah abis keliling so terpaksa la tunggu next trip dalam lebih kurang jam 11.30 gitu kot (ingat-ingat lupa hehe).


agak menarik, kerana di kelilingnya dipenuhi dengan pokok2 buah2 an. ada pokok ciku, belimbing, cempedak, rambutan, durian bla, bla, bla.......yang bestnya kami sesama melihat sekeliling kot2 ada buah durian yang gugur...pas abis ronda, kami sambung aktiviti termenung hehe.....lebih kurang jam 12.30 makan time....bufet aje kat dewan berdekatan.


lepas makan kami cau ke kemaman, cari atm nak kuar duit ma......alhamdulillah jumpa kat petrol pam petronas. so, lepas tu balik aje ke resort, bebudak dgn semangat wajanya nak ke pool la.....aku tak larat melayan.....biarlah dorang ngan ayah dorang berendam hehe.....


dkt kul 5 gak baru dorang naik.....pastu kami turun plak join staf makan buah2 kat tepi pantai. ada rambutan, duku langsat, dokong, durian dan keropok lekor......aduh aku makan sampai senak....staf2 lelaki lepas makan sambung main volleyball....yg pompuan ada yang amik kesempatan berendam dalam laut...ahahaha aku jeles.....anak2 plak sambung mandi kat pool....hah.....sampai kul 7.


malamnya, dinner tapi aku x larat nak makan. bebudak plak dah layu mata penat sangat berendam. lepas amik gift utk dorang, aku dapat lucky draw tapi hadiahnya kena amik kat opis....kami terus balik ke bilik nak angkat barang sebab nak balik cepat ke kl. rupa-rupanya dorang nak tidur dulu....ok la. lebih kurang jam 3 lebih kami bertolak pulang ke kl dalam keadaan yang sejuk gitu.....


alhamdulillah perjalanan kami selamat walaupun pandu dengan perlahan sebab hiway dipenuhi kabus (salah masuk hiway jabor daaaa)........


Tiada ulasan: