Rabu, Disember 28, 2005

Seminggu berlalu

Minggu lepas, seminggu aku takde mood, takde idea nak menulis. Weekend, takde apa yang spesel untuk aku kongsi. Ahad malam, aku balik ke melawati. Di luar, jaja dan lias sedang membakar sate...mmmm....nyam, nyam. Seketika, mak ngah, pak ngah, abg sham, suzi dan mirul pun baru sampai dari PD. Bertolak dari PD jam 6.30, sampai di melawati 9.30...jem kata mereka.

Senin, siangnya kami tak dikunjungi sesiapa hinggalah malam. Acu man dan famili, kawan sekolah mak pun datang. Malam tu kami bakar ayam dan kerang pulak. Hehe, 3 malam berturut2 kami berbarbeque.

Selasa. Pagi aku kuar dgn asben dan anis gi mendaftar sekolah anis. Bayar duit yurannya sekali, alhamdulillah, selesai suku bab. then, ke sekolah Farhan, beli buku. dari situ, kami ke sekolah dekna dengan tujuan yang sama. Kat sana, berduyun2 org. Aku amik no. dalam jam 12 lebih. Tunggu punya tunggu, jam 3 baru selesai. Kepala aku dah start sakit....rupanya tak berhenti sakit sampailah sekarang. Petang, di melawati masih ramai yang datang berkunjung. Bertali arus hinggalah ke maghrib. Sebelum 'Isya, kami bertolak ke Kelana Jaya. Lebih kurang jam 12 malam, mak dan abah pun beransur masuk ke kaunter jemaah bersama beg2 mereka. Aku doakan mak dan abah selamat sampai dan selamat pulang ke pangkuan kami.

Isnin, Disember 12, 2005

Laporan kenduri sempena mak dan abah ke Mekah

Jumaat malam, aku sefamili balik kerumah mak untuk meraikan kenduri sempena mak dan abah nak ke Mekah. Di sana semua adik-beradikku menunjukkan muka kecuali Hakim yang bekerja syif malam. Esoknya pepagi kami dah sibuk berkemas untuk menyambut tetamu yang bakal hadir. Aku dengan tidak memikirkan kesihatanku yang tidak stabil, sama sibuk menolong mak hingga akhirnya betul2 teruk. Di saat dan ketika itu juga aku diserang lelah dan selsema yang sangat mentensenkanku. Selepas bacaan surah Yaasiin dan bacaan doa, aku dan adik2 ku melayan tetamu makan. Adik-beradik mak yang hadir cuma pakwe, yang lain2 takde. Masing2 ada hal....Pakwe datang dgn cucunya 4 org (anak2 Nona), makwe dan Ery. Iwan menunjukkan muka sekejap dengan alasan kena kerja. Menu bufet yang mak tempah dengan Mail ialah Nasi bukhari, ayam goreng berempah, kerabu campur, air asam dan dalca. Manakala kuih-muih yang ditempah pula ialah karipap, seri muka, tepung pelita dan buah2 an. Bahagian air aku yang handle. Aku bancuh air oren sebanyak 3 tabung besar...alhamdulillah mencukupi. Bila Yan (tunang Jaja) datang, dia bawa kuih puteri ayu sekotak...

Tak henti2 tetamu datang. Petang, makcik Mas, abang D and famili termasuk mak, bapak mertua dan adik2 ipar, Izan & kakak angkatnya. Erin, kawan2 ofis mak pun datang. Tetamu akhir yang dtg ziarah pada malamnya ialah Acu Man and family. Lauk dah takde. Nasi bukhari banyak lagi....dengan kuah dalca. Esoknya kami breakfast dgn kuih-muih balance semalam. Nasi putih yang banyak tu Lin goreng. Then, kami berkemas rumah.

Tghari, mak dan abah ke rumah kenduri kahwin di Jalan F1. Sebelum tu Ipah, Aqilah dan Lin ke Gombak dgn abah...urusan masing2. Jam 3, asben bawak dekna, anis dan farhan ke rumah classmate dekna, Iman Anugerah Makmur kat Taman Watan sempena meraikan birthday Iman. Lin, Nana, Ipah dan Aqilah plak ke KL sibuk nak cari slipar. Tinggallah aku berkemas dirumah, Aina dah tido. Lewat petang kami bertolak balik. Singgah di restoran mamak layan roti naan....

Jumaat, Disember 09, 2005

salam hujung minggu

Jumaat - 9/12/05.

Pagi ni aku rasa betul2 sakit dada bila karipap yang aku telan terasa sakitnya bila masuk di ruangan ronggaku. Masuk hari ni dah hari ketiga aku merasa kesakitannya....Semuanya bermula pada hari Selasa bila aku stay keja sehingga jam 1.15 pagi. Balik, mandi...sebelum tidur aku telan 2 biji pil gatal seperti biasa. Bangun pagi, start terasa sakit dada. Ku abaikan saja. Tapi semakin lama kubiarkan makin melarat pula.

Masuk hari ni dah hari ketiga kesakitan yang aku rasakan. Arghhhhh...tak boleh jadi. Fiza ajak aku ke klinik lunch time nanti. Ok le....nanti aku sambung catatan.

Selasa, Disember 06, 2005

kesibukan ku....


Kepenatanku bertali arus sejak minggu lepas. Ahad, aku ke rumah kak Mazita. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 3 lebih, sampai di rumahnya...ntah tak tahu jam berapa. Lebih 12 tahun aku tak jumpa kak Mazita kesayanganku....kekal langsing dan cantik menawan walaupun sudah anak lima. Ini membuatkan ku bersemangat untuk merampingkan dan membelai kecantikanku walaupun bermacam2 masalah yang ku hadapi.

Di sana, kelihatan Rohaizan....rakan sekolah kami bersama2 suami dan ayah serta mak mertuanya yang juga merangkap Pengetua sekolah kami. menu di rumah kak Mazita pula...mee kari, roti jala bersama kari daging, nasi himpit dengan kuah kacang dan daging masak itam...ada juga nasi putih. Lauknya, ikan cencaru goreng sumbat, nenas masak lemak dengan ikan masin, kerabu ulam campur....pencuci mulut pulak ada macam2 jenis agar2, puding jagung dan buah2an, air...jus mangga. Aku seperti biasa, makan sekadar kemampuan ku. Aku kagum dengan suasana rumah kak Mazita, cuma kak Mazita tak melayanku seperti yang sepatutnya. Asben dia nampak ramah walaupun pertama kali bertemu denganku dan suami. Lepas makan, aku lepak di dalam, anak2 main buaian. Aku cuba nak bersesi fotografi dgn kak Mazita tapi nampaknya...dia macam mengelak dari berbual denganku. Apa nak buat, dia lebih senang melayan tetamu lain dari melayanku. Bila aku tengok dia menyenduk makanan dan start makan, aku usha asben ajak blah....

On the way, kami singgah solat asar di tol mana ntah...then ke GSC Midvalley menonton PHSM2. Orang punya la ramai....masya allah, biasa la hujung minggu. Dalam panggung, penuh umat manusia. Si Aina siap tertidur dalam tu...biasa la budak...kalau dalam air-con sedap je tidur. Penat melayan skrin besar dgn sound yang kuat tu....tido lagi best kot. Kesimpulan aku tentang PHSM2....ntah, takde feel, kureng touching. Kuar dari GSC, asben kuar masuk kedai pakaian sport, usha dua tiga lai...nak beli saiz tak kena. Anak2 nampaknya dah letih, dalam keta dorang merengek kelaparn pastu zzzzz. Aku teringin roti naan tapi asben malas nak pegi jauh...so, terpaksa la aku lupakan hajatku yang tak kesampaian tu. Kami park keta di flat dan turun ke tepi jalan, lepak mamak place...anak2 layan roti canai/roti telur. Aku dan asben tapau nasik lemak je.

Senin, hati aku bersemangat nak memonteng...nak bawak bebudak ke zoo negara. Asben beralasan sibuk, banyak perkara nak kena clear. Aku kepejabat juga la....nak buat camana.
Kesibukanku bermula bila man minat aku tolong masukkan formula amount untuk bq dia. BQ? Building works saja 13 elemen, external works 10 elemen, furniture lagi? sports equipment lagi? masak aku....elemen roof untuk building ada 25 page...grrrr...menjelang petang siap semua tugasan yang man bagi. Ista punya? esok je la cont'd.....