sabtu yang lalu iaitu pada 14 mac 2009, kami ahlil pnfl bersama kebanyakan ahli keluarga staf pnfl telah menyertai ekspedisi gua tempurung. perjalanan yang dijangka bermula jam 7.30 pagi tidak berjaya kerana masalah kelewatan peserta dan sedikit masalah teknikal.
kami tiba di gua tempurung pada jam 11 pagi. aku membawa farhan bersama untuk dia alami kelasakan dan dalam masa yang sama dpt melatih dirinya yang kurang bersenam. kami memulakan ekspedisi dgn memasuki gua dan berjalan didalam air sungai yang mengalir didalamnya. suasana persekitaran yang gelap dan agak berbatu meningkatkan rasa kegembiraan dan apa bila kami melalui lorong2 bwh batu sangat menerujakan. ada juga aksi2 yang agak lasak dan memerlukan kesabaran yang tinggi seperti memanjat batu yang tinggi, meluncur dari atas batu ke bawah dan juga mendaki tangga yang tingginya melebihi 700 anak tangga. didalam gua juga terdapat berbagai batu yang membentuk berbagai arca diantaranya wanita hamil berambut panjang, berbagai bentuk haiwan, ada batu kristal dan tulisan komunis di dinding tinggalan tahun 1959.
kira-kira jam 2 petang kami keluar dari gua dan mandi, solat serta makan kerana jam 3 petang kami akan ke hot spring pula. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke sana. nama tempat kunjungan kami itu ialah Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah yang terletak di Sungkai Perak. di situ kami mandi-manda di kolam air panas. terdapat berbagai jenis air panas yang keluar dari bumi. terdapat kolam2 yang disediakan untuk mandi, ada yang disediakan khas untuk merebus telur dan ada juga khas untuk merendam kaki. lebih kurang jam 6.30 ptg kami bergerak pulang ke kl dan sampai di kl jam 8.30 malam.
p/s: gambar di hot spring tak ada, beginilah jika harap ihsan camera org.....