Rabu, Februari 04, 2009

sebulan berlalu.....

YA, sebulan berlalu setelah kali akhir aku update blog. kerana apa aku tak update blog? salah satunya takde apa cerita nak dikongsi dan takde ilham utk ditulis kerana itulah aku tidak mengeluarkan sesuatu untuk dikongsi di blog kesayanganku ini.

kini setelah agak lama bercuti (10 hari) bermula 24 januari 2009 sehingga 2 februari 2009 sempena chinese new year dan hari wilayah, barulah aku melampiaskan rindu di blog kesayanganku ini.

pada 25 januari yang lalu aku ke kemaman mengiringi mak dan abah ke kenduri along anak acu bertunang buat kali kedua. malamnya kami tidur di kuantan, rumah acu. apa lagi aktiviti yg ada kalau dah berkumpul ramai2 melainkan makan, makan dan makan.

esoknya selepas sarapan kami bertolak balik ke kl lebih kurang jam 10 pagi dan tiba di melawati jam 2 ptg.