Selasa, Oktober 20, 2009

lama sungguh tidak mengupdate di sini
















lama sangat rasanya tidak menaip sesuatu disini. banyak yang terjadi tapi rasanya dah banyak juga yg lupa....anak acu kawin, erin kenduri, aktiviti ofis, lin dpt baby.










tak dapat nak tulis kerana ilham utk entri semua dah expired tp cuma dpt upload gambar2 aje untuk kenangan disini.










Jumaat, Mac 20, 2009

ekspedisi gua tempurung @ 14 mac 2009















sabtu yang lalu iaitu pada 14 mac 2009, kami ahlil pnfl bersama kebanyakan ahli keluarga staf pnfl telah menyertai ekspedisi gua tempurung. perjalanan yang dijangka bermula jam 7.30 pagi tidak berjaya kerana masalah kelewatan peserta dan sedikit masalah teknikal.










kami tiba di gua tempurung pada jam 11 pagi. aku membawa farhan bersama untuk dia alami kelasakan dan dalam masa yang sama dpt melatih dirinya yang kurang bersenam. kami memulakan ekspedisi dgn memasuki gua dan berjalan didalam air sungai yang mengalir didalamnya. suasana persekitaran yang gelap dan agak berbatu meningkatkan rasa kegembiraan dan apa bila kami melalui lorong2 bwh batu sangat menerujakan. ada juga aksi2 yang agak lasak dan memerlukan kesabaran yang tinggi seperti memanjat batu yang tinggi, meluncur dari atas batu ke bawah dan juga mendaki tangga yang tingginya melebihi 700 anak tangga. didalam gua juga terdapat berbagai batu yang membentuk berbagai arca diantaranya wanita hamil berambut panjang, berbagai bentuk haiwan, ada batu kristal dan tulisan komunis di dinding tinggalan tahun 1959.










kira-kira jam 2 petang kami keluar dari gua dan mandi, solat serta makan kerana jam 3 petang kami akan ke hot spring pula. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke sana. nama tempat kunjungan kami itu ialah Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah yang terletak di Sungkai Perak. di situ kami mandi-manda di kolam air panas. terdapat berbagai jenis air panas yang keluar dari bumi. terdapat kolam2 yang disediakan untuk mandi, ada yang disediakan khas untuk merebus telur dan ada juga khas untuk merendam kaki. lebih kurang jam 6.30 ptg kami bergerak pulang ke kl dan sampai di kl jam 8.30 malam.










p/s: gambar di hot spring tak ada, beginilah jika harap ihsan camera org.....










Rabu, Februari 04, 2009

sebulan berlalu.....

YA, sebulan berlalu setelah kali akhir aku update blog. kerana apa aku tak update blog? salah satunya takde apa cerita nak dikongsi dan takde ilham utk ditulis kerana itulah aku tidak mengeluarkan sesuatu untuk dikongsi di blog kesayanganku ini.

kini setelah agak lama bercuti (10 hari) bermula 24 januari 2009 sehingga 2 februari 2009 sempena chinese new year dan hari wilayah, barulah aku melampiaskan rindu di blog kesayanganku ini.

pada 25 januari yang lalu aku ke kemaman mengiringi mak dan abah ke kenduri along anak acu bertunang buat kali kedua. malamnya kami tidur di kuantan, rumah acu. apa lagi aktiviti yg ada kalau dah berkumpul ramai2 melainkan makan, makan dan makan.

esoknya selepas sarapan kami bertolak balik ke kl lebih kurang jam 10 pagi dan tiba di melawati jam 2 ptg.

Isnin, Januari 05, 2009

selamat tahun baru hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009

salam maal hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009. tahun baru dan azam baru bagi kebanyakan orang. tapi bagi aku, tahun baru atau tidak, tak ada bezanya. yang penting, hidup mesti diteruskan, dan masalah yang datang mesti dihadapi walau apa pun yang terjadi.......