Hari-hari yang kulalui kembali sunyi setelah berakhirnya World Cup, ahhhh rindunya. Minggu lalu, pada hari Jumaat (14/7/06) PNFL sport club telah mengadakan majlis makan untuk meraikan Idham yang bakal meninggalkan ofis akhir bulan ni. Menu hari itu ialah ikan tenggiri masak kari, sayur campur, ulam kacang botol & salad, ayam goreng berempah dan tak ketinggalan sambal belacan. apa aktiviti aku lepas makan? takde apa....melainkan layan borak dengan fiza. pastu jam 2, masing2 kelayuan...masuk bilik sembahyang...bummm....zzzzz.....
Seperti minggu lalu, sebelum balik Hashim bagi signal minta dtg kerja weekend. Aku ok je, kena kosongkan jadual le nampaknya. Sabtu, aku mengemas rumah seperti biasa....dan memasak....abah call, sms ajak lunch kat rumah jaja. alamak! rasa nak pegi tapi camana ye? aku cpt2 tinggalkan msg utk hashim dan hashim reply takyah dtg ofis. lega....dan aku dapat le ikut serta ke rumah jaja. farhan tak nak ikut, so aku bawak semua anak2 daraku. hanya aku anak beranak, abah, mak, nana dan keluarga je pergi. ipah tak dpt ikut sbb kawan nak dtg rumah, lin ngan lias plak balik ganu....tengok rumah dorang yg dlm proses pembinaan. kat rumah jaja menunya ikan terubuk masak asam pedas, ayam goreng, tempe goreng, ulam daun silom, petai, jering, kacang botol dan apa lagi mesti ada sambal belacan.....fuhhh sehingga menjilat siku aku dibuatnya. petang sebelum balik, kami singgah di rumah razif kat taman seri andalas minum petang kat sana.
Hari ini, dato' menjemput semua ahlil warga pnfl makan2 kat kl sentral plak....lusa ada lagi jamuan sempena hari terakhir idham di sini...ditaja oleh idham....nampaknya rezeki murah minggu nih.....
Bangun pagi gosok gigi,
Cuci muka, mandi-manda,
Bulan rejab datang lagi,
Jom ramai-ramai kita puasa.......
P/S UNTUK AKU....INSAN YANG LEMAH: 26/7/06 - 1 REJAB (tapi rasanya aku gagal untuk puasa menyambut awal rejab ehehe)
Rabu, Julai 19, 2006
Isnin, Julai 10, 2006
ITALIA WORLD CUP CHAMPION 2006

ITALY JUARA WORLD CUP KALI KEEMPAT. Hatiku berdebar2 sebaik sahaja selesai perlawanan semi-final yang memberi kemenangan ke atas team Italy yang berdepan dgn tuan rumah German yang berakhir dengan keputusan 2 - 0 selasa lalu. Apatah lagi Italy akan berdepan dgn team France yang digeruni kerana ujudnya nama2 bintang seperti Zinadine Zidane, Thierry Henry, Lilian Thuram dan lain2 lagi. Tapi entah kenapa di dalam kegemuruhan aku menghadapi final, hatiku seolah-olah yakin yang kemenangan akan berpihak kepada Italy.Malam Isnin, aku tidak dapat melelapkan mata berikutan keterujaanku menyaksikan aksi team bolasepak pujaanku.
Sebaik sahaja bermula, aku memerhatikan permainan penuh minat hinggalah France diberi sepakan penalti dia minit ke 7. Aku mula tak senang duduk dan mula mencongak gerakan2 pemain Italy. Apabila Andrea Pirlo mendapat sepakan sudut, bola tepat ke arah tengah dan ditanduk oleh Marco Materazzi dan aku....melonjak kegembiraan. Tapi di separuh masa kedua permainan mula dikucar kacirkan oleh pihak lawan. Kedudukan 1 - 1 hinggalah tamat permainan 90 minit dan sehingga tamat juga 30 minit masa tambahan.
Aku cuba melenyapkan keresahan menghadapi sepakan penalti tapi akhirnya itu yang berlaku. 1, 2, 3, 4 dan 5 akhirnya Italy berjaya melenyapkan impian France dgn kemenangan penalti 5-3 yang diambil oleh Andrea Pirlo, Marco Materazzi, Alessandro Del Piero, Daniele De Rossi & Fabio Grosso. akhirnya Piala Dunia 2006 berada di tangan Italy jua....YESSSSSS!!!!!
Jumaat, Julai 07, 2006
countdown to final world cup this sunday


Debaran semakin kencang kurasakan menjelang final world cup ahad ini. Setelah aku merasakan di peringkat separuh akhir bila Azzuri bertemu Nazi Selasa lalu...kini world cup sampai ke kemuncaknya. Kerancakan dan aksi azzuri di semi-final masih kurasakan. Tak ada apa lagi yang boleh menggambarkan kegembiraanku bila pasukan ku layak ke final.
Pada tahun 2002, aku telah kecewa dan menangis bila mereka kalah dan terkeluar di pusingan kedua bila kalah 2-1 tumpas kepada Korea yang ketika itu tuan rumah World Cup 2002. Tapi tahun ini prestasi pasukan pilihanku lebih menunjukkan kekentalan di bahagian pertahanan dan pemain tengah yang ditonjolkan pada world cup kali ini menunjukkan prestasi yang baik.
Kini aku hanya menunggu detik dan ketika untuk aku saksikan peluang pasukan aku menjulang piala dunia buat kali ke empat. Ahad ni mereka sekali lagi beraksi..kali ini di final bertemu dgn perancis (les blues)........Peluhku mula merembes keluar.....
Langgan:
Ulasan (Atom)