Rabu, Disember 27, 2006

anis & aina chicken pox, hari orientasi anis (22/12/06)


bermula 2 minggu yang lalu...awal disember, anis diserang (sesuai ke guna word nih?) chicken pox atau dlm bahasa melayunya demam cacar air. puas menjaga pantang larang anis, aina plak menerima jangkitan kumannya...hehe lihat la gambar aina yang sempat aku rakamkan minggu lepas, sambil makan lolly pop. tapi biasa la aina, lagi banyak songehnya berbanding anis.

jumaat (22/12/06), aku ke sekolah anis bagi menemani anis ke sesi orientasi memasuki darjah 1. sampai agak lewat, tapi briefing start pun boleh tahan lewat. sehabis briefing, guru pemangku mengumumkan nama murid yang akan beratur mengikut kelas masing2.

sekali aku dengar nama anis safiya bt azam disebut. aku ingat guru silap sebut dan aku menuju ke list nama di tangan guru kelas 1 mawar utk menyemak ejaan nama dan aku katakan pada cikgu tu yg ejaan nama anakku salah. tapi sekali lagi aku ketawa bila saja cikgu umumkan nama anakku anissofea binti azman masuk ke darjah 1 orkid. rupa2 nya memang betul anis safiyah binti azam tu memang wujud hehe. pastu bukan saja anak aku dlm kelas 1 orkid aje yg nama gitu, tapi 3 kawannya yang lain pun mempunyai nama yang seakan2 nama dia...aini sofea, nor aini sofea dan nor aina sofea, adusss pening la kepala cikgu nanti hehe

Selasa, Disember 12, 2006

PNFL's family day @ Tiara Beach Resort @ 25-26 November 2006






Family day....Yeah lebih setahun rasanya kami tidak menyeronokkan diri dgn aktiviti luar darjah. Walaupun tahun ini cuma dekat aje dan diadakan agak lewat oleh committe ssc, tapi kami harungi jua keseronokan tu. Kami bertolak agak lewat, kira2 jam 2.30 dari KL. Di hiway plak jem semacam, rupa2 nye angkara manusia2 yg berduyun2 menuju ke pameran MAHA 2006. Kami sampai di Tiara Beach Resort lebih kurang hampir jam 5 ptg. Check-in, angkat barang ke bilik dan bebudak tukar pakaian utk turun berendam dlm pool. Malam, selepas maghrib kami dah turun utk dinner dan agenda seterusnya. Lps makan, ada game, kuiz dan cabutan bertuah. Sebut fasal cabutan bertuah, aku cuma berjaya dapat towel Aussino je. Kuiz plak...aku berjaya menjawab 2 kali....dan ganjarannya RM40 hehe.....

Esoknye...pepagi lepas sarapan bebudak tu sambung berendam dlm terik matahari. Aku kepanasan dan malas melayan bahang kat pool. Naik ke bilik, kemas segala barang yg ada. Bila dorang naik, mandi dan kami pun chow. On the way, kami singgah sekejap kat Teluk Kemang meratah keindahan laut biru yg dipenuhi dgn lautan manusia yang mandi-manda. Kemudian kami ke rumah Mak Ngah. Kat sana, Jaja & Yan pun ada. Jam 5 lebih kami bertolak balik ke KL, sampai sebelum maghrib.

Isnin, Oktober 16, 2006

Ramadan hampir berakhir dan Syawal datang lagi

Hari ini, 16/10/06 - Isnin....hari pertama minggu terakhir bekerja sebelum cuti sempena menyambut aidilfitri. Perasaanku...agak seronok kerana memandangkan akan bercuti selama seminggu. Dari segi persiapan raya, belum ada apa-apa yang disediakan untuk anak2. Tunggulah bila ada kelapangan, aku akan bawa mereka membeli-belah...insyallah.

Cuma aku sedih bila ramadan akan berakhir kerana bulan yang penuh rahmat ini akan pergi meninggalkan kita. Betapa cepat masa berlalu.....apakah ini ramadan terkahir bagiku dan apakah aku akan berjumpa lagi dengan ramadan yang akan datang.

Khamis, September 21, 2006

2 kenduri dlm 2 minggu - 19/8/06 & 27/8/06



lebih sebulan aku tidak membuat apa-apa catatan. bz ke apa ke tapi aku yg tak mencari kesempatan. 19/8/06 kami ke ipoh meraikan perkahwinan umi & eddy di dewan org ramai apa ntah. selepas makan, kami ke rumah paktup...lepak2, borak2...dan ada yg tido2.....ptg agenda menyiang ikan dan sotong utk acara barbeque malam nanti. lps barbeque kami bertolak balik kl.....



pada 27/8/06 plak, kami ke melaka mengiringi rombongan pengantin mamat ( anak poksu) & aishah. aku tension sbb masa ni la digicam aku buat hal.......kat sana 2 round kami makan sbb kali kedua tu makan kat meja pengantin pulak...hehe. pastu kami pusing2 bandar melaka, gi minum2 dgn cik as dan cik faizah sekali....malam jam 10 baru sampai kl....letih

Isnin, Ogos 14, 2006

sukan tabika perpaduan 13/8/06

Hari sukan tabika perpaduan daerah campbell telah diadakan pada 13 Ogos, 2006. Pepagi lagi anis dah bersiap ke sekolah untuk menaiki bas menyertai guru2 dan rakan2 nya untuk ke stadium bolasepak kuala lumpur.

Kami sekeluarga menyusul selepas itu dgn berkereta. Bagiku sukan tahun ni agak menarik kerana lokasinya. Tapi takde yang menarik tentang hadiahnya.

Aku kurang teruja kerana sebahagian ibu bapa yg berdiri ditepi kawasan acara sukan sedangkan penonton lain yang duduk ditempat duduk tidak dapat melihat acara yang sedang dijalankan.

Rabu, Julai 19, 2006

Makan-makan....

Hari-hari yang kulalui kembali sunyi setelah berakhirnya World Cup, ahhhh rindunya. Minggu lalu, pada hari Jumaat (14/7/06) PNFL sport club telah mengadakan majlis makan untuk meraikan Idham yang bakal meninggalkan ofis akhir bulan ni. Menu hari itu ialah ikan tenggiri masak kari, sayur campur, ulam kacang botol & salad, ayam goreng berempah dan tak ketinggalan sambal belacan. apa aktiviti aku lepas makan? takde apa....melainkan layan borak dengan fiza. pastu jam 2, masing2 kelayuan...masuk bilik sembahyang...bummm....zzzzz.....

Seperti minggu lalu, sebelum balik Hashim bagi signal minta dtg kerja weekend. Aku ok je, kena kosongkan jadual le nampaknya. Sabtu, aku mengemas rumah seperti biasa....dan memasak....abah call, sms ajak lunch kat rumah jaja. alamak! rasa nak pegi tapi camana ye? aku cpt2 tinggalkan msg utk hashim dan hashim reply takyah dtg ofis. lega....dan aku dapat le ikut serta ke rumah jaja. farhan tak nak ikut, so aku bawak semua anak2 daraku. hanya aku anak beranak, abah, mak, nana dan keluarga je pergi. ipah tak dpt ikut sbb kawan nak dtg rumah, lin ngan lias plak balik ganu....tengok rumah dorang yg dlm proses pembinaan. kat rumah jaja menunya ikan terubuk masak asam pedas, ayam goreng, tempe goreng, ulam daun silom, petai, jering, kacang botol dan apa lagi mesti ada sambal belacan.....fuhhh sehingga menjilat siku aku dibuatnya. petang sebelum balik, kami singgah di rumah razif kat taman seri andalas minum petang kat sana.

Hari ini, dato' menjemput semua ahlil warga pnfl makan2 kat kl sentral plak....lusa ada lagi jamuan sempena hari terakhir idham di sini...ditaja oleh idham....nampaknya rezeki murah minggu nih.....

Bangun pagi gosok gigi,
Cuci muka, mandi-manda,
Bulan rejab datang lagi,
Jom ramai-ramai kita puasa.......

P/S UNTUK AKU....INSAN YANG LEMAH: 26/7/06 - 1 REJAB (tapi rasanya aku gagal untuk puasa menyambut awal rejab ehehe)

Isnin, Julai 10, 2006

ITALIA WORLD CUP CHAMPION 2006


ITALY JUARA WORLD CUP KALI KEEMPAT. Hatiku berdebar2 sebaik sahaja selesai perlawanan semi-final yang memberi kemenangan ke atas team Italy yang berdepan dgn tuan rumah German yang berakhir dengan keputusan 2 - 0 selasa lalu. Apatah lagi Italy akan berdepan dgn team France yang digeruni kerana ujudnya nama2 bintang seperti Zinadine Zidane, Thierry Henry, Lilian Thuram dan lain2 lagi. Tapi entah kenapa di dalam kegemuruhan aku menghadapi final, hatiku seolah-olah yakin yang kemenangan akan berpihak kepada Italy.

Malam Isnin, aku tidak dapat melelapkan mata berikutan keterujaanku menyaksikan aksi team bolasepak pujaanku.

Sebaik sahaja bermula, aku memerhatikan permainan penuh minat hinggalah France diberi sepakan penalti dia minit ke 7. Aku mula tak senang duduk dan mula mencongak gerakan2 pemain Italy. Apabila Andrea Pirlo mendapat sepakan sudut, bola tepat ke arah tengah dan ditanduk oleh Marco Materazzi dan aku....melonjak kegembiraan. Tapi di separuh masa kedua permainan mula dikucar kacirkan oleh pihak lawan. Kedudukan 1 - 1 hinggalah tamat permainan 90 minit dan sehingga tamat juga 30 minit masa tambahan.

Aku cuba melenyapkan keresahan menghadapi sepakan penalti tapi akhirnya itu yang berlaku. 1, 2, 3, 4 dan 5 akhirnya Italy berjaya melenyapkan impian France dgn kemenangan penalti 5-3 yang diambil oleh Andrea Pirlo, Marco Materazzi, Alessandro Del Piero, Daniele De Rossi & Fabio Grosso. akhirnya Piala Dunia 2006 berada di tangan Italy jua....YESSSSSS!!!!!

Jumaat, Julai 07, 2006

countdown to final world cup this sunday













Debaran semakin kencang kurasakan menjelang final world cup ahad ini. Setelah aku merasakan di peringkat separuh akhir bila Azzuri bertemu Nazi Selasa lalu...kini world cup sampai ke kemuncaknya. Kerancakan dan aksi azzuri di semi-final masih kurasakan. Tak ada apa lagi yang boleh menggambarkan kegembiraanku bila pasukan ku layak ke final.

Pada tahun 2002, aku telah kecewa dan menangis bila mereka kalah dan terkeluar di pusingan kedua bila kalah 2-1 tumpas kepada Korea yang ketika itu tuan rumah World Cup 2002. Tapi tahun ini prestasi pasukan pilihanku lebih menunjukkan kekentalan di bahagian pertahanan dan pemain tengah yang ditonjolkan pada world cup kali ini menunjukkan prestasi yang baik.

Kini aku hanya menunggu detik dan ketika untuk aku saksikan peluang pasukan aku menjulang piala dunia buat kali ke empat. Ahad ni mereka sekali lagi beraksi..kali ini di final bertemu dgn perancis (les blues)........Peluhku mula merembes keluar.....

Rabu, Jun 14, 2006

dewi is here - demam world cup

i'm back......

lama sungguh aku berkurung di bawah tempurung. ini semua gara2 bq blt yang menghambat masa, memerlukan pengorbanan yang lebih.

hari2 ku bekerja hingga lewat malam selama beberapa minggu. hujung mingguku tak dapat diisi dengan aktiviti yang menarik...yang ada hanyalah kerja, kerja, kerja. rutin aku menjadi semakin boring...anak2 lagilah boring.

sekarang yang hangat dipasaran ialah demam world cup. aku pun tak terkecuali dari dijangkiti dgn demam nih. biasalah tu. tahun 2002 semasa world cup dilangsungkan di negara jepun & korea...time tu banyak perlawanan yang berlangsung di siang hari. bila menjelang petang je, aku hilang kat bilik belakang, tengok bola. bukan setakat aku dan suku-sakat dua tiga kerat je yang demam masa tu. staf cina siap bawak tv kat opis masa perlawanan suku akhir...hehehe. Bos pun siap join sekaki.

tahun ni, match yang paling lewat ditayangkan ialah pada jam 3 pagi. ada yang aku ikut, ada juga yang aku tak berkesempatan nak tengok dek kerana mata mengantuk daa......apa pun bagi aku, demam world cup lebih menjadikan aku addicted berbanding dengan demam akademi fantasia. chow.....

Rabu, April 26, 2006

Innalillah buat arwah Najib bin Yusof pada 24/4/06

Pada hari Isnin bersamaan dgn 24/4/06 (25 Rabiulawal 1427 hijrah) telah sampai janji tuhan buat salah seorang lagi hambanya yang bernama Najib bin Yusof. Dia adalah sepupu suamiku, anak kedua dari lima adik beradik. Dia adalah anak kepada Pak Long, abang sulung mak mertuaku.

Najib telah menderita penyakit kanser mata kiri selama lebih setahun yang lalu. Pertama kali aku melihat matanya telah dilaser dan kulit muka sebelah kiri menjadi hitam akibat laser ialah pada tahun lalu ketika menziarahi arwah Pak Itam di kampung.

Kemudian, pada hari raya aidilfitri yang lalu, aku lihat kulit mukanya dah tak hitam lagi tetapi mata sudah buta sebelah dan nanah mengalir keluar tak henti2. Anak2nya tak ceria, isteri pun berduka kerana kadangkala dia mengeluarkan kata2 kesat. Nasiblah kak Izan tu penyabar. Lagipun anak2 ramai...7 org.

Malam ketiadaannya tu, kami dapat tahu dan terus ke Tingkat 7, Menara Timur, Hospital Universiti tapi doktor disitu beritahu yg jenazah dah dibawa ke bilik mayat. Dari situ kami pergi ke bilik mayat tapi malangnya, jenazah dah dibawa pergi ke Masjid Mindef oleh pegawai tentera. Kami ke sana, ketika itu org sudah pun memulakan bacaan doa. Kelihatan ramai pegawai2 tentera dan isteri2 hadir. Jenazah dimandikan di masjid itu juga sesudah subuh. Pada jam 8.30 pagi jenazah dibawa kerumahnya di Taman Intan Baiduri, Selayang untuk dilihat oleh keluarga berdekatan yang baru tiba. Kemudian di bawa ke tanah perkuburan Taman Samudera untuk dikebumikan di sana.

Selasa, April 18, 2006

hari sukan di sekolah dekna



Sabtu, bersamaan 8/3/06....
telah diadakan hari sukan Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (2). Pepagi aku kejutkan dekna utk bangun. Aku bawa aina sekali...paham2 je la sikecik tu menyibuk je nak ikut aku. Tiba kat sekolah, aku perhatikan guru2 sibuk menyiapkan anak2 murid dengan segala persiapan. Dari solekan kepada prop utk perarakan hari sukan. Sementara tu, aku dgn aina ke kantin sekolah untuk mengisi perut. Kat sana, aku cuma beli nasi goreng campur kuetiaw dan air mineral aje. Aku belikan juga kuih utk dekna jamah sebelum masuk ke padang. Disamping itu guru2 juga memberikan mereka air kotak dan burger. Perarakan bermula jam berapa aku pun dah lupa. Aku cuma fokus dari tepi padang, seberang tempat duduk def2 jemputan. Hari sukan itu dimualakan dengan ucapan oleh guru besar SK Convent Bukit Nanas (2), dan seterusnya dirasmikan oleh Durratun Nasihin Rosli, gimnas negara yang baru membawa pulang 3 pingat individu dan 1 pingat berkumpulan dari Sukan Komanwel yang lalu. Selepas itu acara kumpulan sorak dari rumah sukan masing2 pun dimulakan.

Selepas habis kumpulan2 sorak membuat persembahan, semua murid kembali ke dewan. Aku dgn aina merayau2 melihat sesetengah murid yang membuat lukisan pasir yang dilekat ke atas permukaan berpelekat. Masa sudah merangkak...tiba giliran dekna ke padang. Aku dengan penuh semangat menjerit kepada group mereka "Go, Red Hot....go!" tapi apakan daya. Salah seorang group rumah sukan merah tu dah terkantoi dgn guru yang jaga acara. Boring tul aku dgn cikgu tu. Rumah sukan lain dia tak kacau. Dan hasilnya, dalam acara tu rumah sukan dekna hanya mendapat pingat gangsa....mmmm...dah itu aje rezekinya. Selepas tu guru sukan bagi dorang makan donat coklat dunkin donut. Si aina pulak sampai terlelap dek terlampau mengantuk. Nak tak nak, aku pun ajak dekna balik.

Sampai kat rumah, farhan dgn anis takde. Tah kemana dorang dgn neneknya. Aku dgn dekna dan anis terus bummm.....zzzzz......

Jumaat, April 14, 2006

2 minggu lagi kami nak berkenduri

yah....2 minggu lagi coundown kami nak kenduri menyambut menantu emak & abah yang keempat.

ahad, aku, dekna & aina balik ke rumah mak. sesampai kami di sana, mak belum balik dari surau. ada majlis sambutan maulidurrasul. rumah bersepah ya rabbi. aku pun apalagi, mula la berkemas tahap melampau. petang, aku dan jaja ke carrefour beli kain satin utk lapik cadar. then beli bantal besor 2 biji dan kusyen 4 biji dan sedikit barang dapur. pas maghrib ke kassis beli reben dan bunga2 hiasan utk hias kotak gula2. dan ke ultra sepadu beli bekas plastik utk isi gula2. sampai rumah jam 9 lebih, fuhh... letih.

senin, aku ponteng memandangkan hari ni pun dekna cuti. bolehlah aku tolong mak berkemas rumah. jenuh jugalah aku, ipah & aqilah berkemas kat kawasan depan tangga tu. tempat yang paling menjadi tumpuan bila naik ke atas dan juga tempat yang paling kerap diubah. hehehe...
hari tu kami betul2 all out sampai jam 11 malam sampai...aku tak tau nak kategorikan tahap apa keletihan aku. ingat nak mandi lepas berkemas tapi terus bummm zzzz sampai ke subuh.

selasa. aku dan ipah merancang nak ke kl mencari tudung2 utk dorang pakai semasa kenduri. pas subuh tu tetiba ujan plak....cakap dgn ipah, kensel tapi at last bila ujan berenti...aku on je plan asal. kuar rumah hampir jam 12 tghari. masa kat kl, call mak tanya fasal tudung yg mak nak. pastu mak suh balik cepat sikit sbb nak ajak aku gi nilai. rushing giler, kami terus balik. jam 1 lebih dah tercongok kat rumah. tapi bila lepas lunch mak kata kensel plan ke nilai sbb tak dapat contact lin. terpaksa tunda kepada tarikh lain. petangnya, aku, ipah dan aqilah start buat hiasan untuk bekas gula2. start jam 4 lebih sebelum maghrib setel utk 100 bekas. fuh...malamnya aku balik....

Khamis, Mac 30, 2006

sebulan lagi nak kenduri

sebulan lagi menjelang majlis perkahwinan jaja. minggu lepas mak cakap2 fasal persiapan kami yang zero lagi. apa pun belum beli. satu apa pun belum sedia. jaja pulak asyik busy dgn omegatrend aje. senin, nak kuar soping2 dgn mak tapi kensel. selasa, aku apply cuti utk temankan mak ngan jaja soping. aqilah ikut sama.

mula2 kami ke habib nak beli bangle, tapi susah nak dapat yang menepati citarasa. bila dah berkenan, saiz plak tak sesuai. kemudian kami ke kedai emas sri pinang. kat sana dapat plak rantai tangan, harganya sama dgn bangle di habib...memang dah rezeki nak beli kat situ.

dari sana, kami membeli kain2 utk dipakai hari kenduri. sampai ke petang kami melilau. akhir sekali ingat nak ke nagoya beli kain langsir tapimasa memilih2 kain tu dah nak tutup kedai. terus mak kensel niat nak membeli. hujan pun dah mula turun. jaja kata nak ke semenyih plak lepas tu nak tengok baju pengantin.

sesampai kami kat rumah aku, jam 8.10 malam. mak dan aqilah singgah rumah aku solat. jaja kat surau aje....keletihan aku seharian meronggeng.....

Isnin, Februari 13, 2006

kejap ada, kejap takde

gitu la keadaannya kat rumah sejak semalam. pepagi air dah takde...mentensenkan suasana kami sekeluarga. mana dengan bebudak nak ke bilik air, mana dengan pinggan mangkuk yang berlonggok dan pakaian yang menanti giliran untuk dibasuh. hampir tengahari baru ada air. masa tu la kelam kabut suh bebudak tu bersiram, aku plak mula mencuci pakaian dan start memasak. itu bab semalam.

pagi ni, kejadian sama berulang kembali. apa nak jadi la dgn flat bandaraya ni.....

Khamis, Februari 09, 2006

aku demam

agak lama aku tidak membuat catatan di blog. minggu lalu kami cuti seminggu tapi tak kemana-mana kerana bajet tidak menepati kehendak...selasa minggu lalu, anis demam diikuti dgn aku pada hari rabu hingga khamis. jumaat, dekna amik giliran demam. sabtu, anis dan aina demam pula. bila menjelang senin, hari pertama kerja aku mendapat selsema yang teruk hingga memaksa aku menelan ubat selsema yang menyebabkan mengantuk.

pagi selasa...7/2/06 - aku kerumah mak dgn aina selepas menghantar dekna dan farhan ke sekolah. semuanya pengsan...abah, mak dan mak ngah. kelihatan aqilah dan auni menonton tv...muka aku mula terasa panas, selsema makin teruk dan kepala sakit. aku naik ke bilik belakang dan tido tanpa mengisi perut. bangun, cari apa yang boleh diisi ke dalam perut. masa tu mak dan mak ngah sedang sibuk mengemas dan mengeluarkan barang2 yang di bawa balik dari tanah suci. aku tumpang makan kekacang dan buah2 yang ada sambil membelek. ada inai, kain2 tudung, kain2 lapik meja, kain cadar, jubah2, tasbih, cincin2, batu2, air zam zam, kopiah2, sejadah2 dll. yang menarik minat aku ialah jaket bulu tebal yang dibeli untuk jaja dan hakim. tak merasa le aku nak pau....

selepas zohor, orang mula datang berziarah abah...sampai ke petang ada 3 tetamu yang berziarah. sebelum maghrib, aku siap masakkan asam pedas daging dgn ayam goreng untuk makan malam. menjelang isyak, asben datang dan kami pulang.....

hingga hari ni masih belum pulih batuk dan selsema aku. harap aku banyak bersabar....

Khamis, Januari 19, 2006

LONG KHONG

Itulah title movie yang aku dan asben tengok semalam. Semalam, kami berpakat untuk kerja setengah hari semata-mata nak pergi mengabihkan masa kat gsc midvalley untuk menonton Long Khong. Tika sampai nak que-up for ticket, aku nampak waktu terdekat yg boleh kami tonton ialah pada jam 2.55 ptg. Itu pun dah label oren, maknanya tiket dah nak abis.

Lepas amik tiket, kami ronda-ronda...dan gi JJ untuk solat zohor. Abis solat, jam baru menunjukkan pukul 2.20 ptg. Aku ajak asben makan nasi, tapi dia tak nak. Aku makan sengsorang je la jawabnya. Sesampai kami kat panggung layar, org dah full...iklan pun dah habis, bagus. Sengaja kami masuk lewat 15 minit untuk mengelakkan kebosanan melihat iklan.

Sinopsisnya....

Kisah 6 org student (nama wataknya aku ingat2 lupa) Yang aku ingat....Por, Ta (student lelaki) Noot, Kim dan Tair (student pompuan). Ta mempunyai ibu tiri (Puan Panor) yang juga guru di sekolah mereka. Ibu tiri Ta mempunyai daya tarikan yang menyebabkan Por tertarik lalu mengambil keputusan ke bomoh untuk menjampi dan menyumpah Puan Panor agar terpikat padanya...dan hasilnya Por dapat menjalinkan hubungan sulit dgn Puan Panor. Dalam masa yg sama, jurulatih sukan di sekolah mereka juga ke bomoh untuk memikat Puan Panor. seetelah kecurangan Puan Panor diketahui oleh mereka, mereka telah bersepakat pula untuk membuat siksaan kepada jurulatih. Kebetulan, kecurangan jurulatih dan Puan Panor telah diintip oleh mereka. Jurulatih itu juga mengambil keputusan mengikat mereka berenam dan merogol Tair (salah seorang rakan mereka) dihadapan mereka. Dan hasilnya, jurulatih itu telah diseksa dgn black magic hingga mati. Ketika di sekolah, Ta tertarik dgn Kim dan Kim pula telah dicabar utk memikat Ta...dia juga menggunakan kuasa ilmu hitam kepada Ta. Manakala Puan Panor telah menjadi gila ekoran kematian jurulatih dan kesan sumpahan black magic yg dikenakan oleh Por kepadanya.

Setelah dua tahun berlalu, mereka bertemu kembali untuk mengikut Ta berjumpa dgn Puan Panor, bekas guru mereka.Pada fikiran mereka mungkin Puan Panor telah pulih tanpa memikirkan dugaan yg akan mereka lalui. Mulai saat itu, satu demi satu horror yang dikeluarkan.

Conclusion....
Aku puas hati dgn persembahan filem itu yang pada anggapan aku menarik kerana ianya salah satu filem yang 'unpredictable'...susah untuk kita menjangka apa yang terjadi selepas ini dan seterusnya. Rasanya nak tengok lagi jika ada kesempatan dan ada org yg sudi temankan aku...hehehe

Selepas dua tahun, merek

Selasa, Januari 17, 2006

idea tarak mari.....

Rabu, Januari 11, 2006

Aidil Adha datang lagi....

Pantas sungguh masa berlalu....Aidil Adha tiba lagi. Nanti tak lama lagi...tup tup nak posa semula....

Aku cuma buat nasi impit, rendang daging, kuah kacang dan sambal goreng jawa je sempena Aidil Adha kali ni. Pagi raya, lepas solat...asben turun dgn uniform "korban" nya. Siap bawak pisau, nak tolong melapah. Anak2 pun bersemangat nak join tgk lembu. Aku di rumah tak abis2 berkemas, membasuh, menyidai, melipat pakaian sampai tghari. Apa lagi kerja org pompuan kalau tak abis2 buat kerja rumah. Abis melapah, asben tertidur sebab keletihan. Lin pulak sms mengatakan yg dorang semua nak ke Rawang. Terpaksa la aku tangguhkan kepulangan ke rumah mak. Lepas maghrib, aku kesana cuma bawak Farhan dan Aina je. Anis cam malap nak terlelap sebab terlampau aktif siang tadi..Sampai kat Melawati, sepi, gelap. Rupa2nya dorang semua takde kat rumah. Masih beraya kat rumah Yan di Puchong. Aku tinggalkan bekalan ikat kat pintu gril aje. Apa nak buat...takde rezeki. Tapi rezeki kami malam tu kat nasi lemak panas kg baru...ok je la dari terpaksa menanggung kekecewaan...