Rabu, Oktober 26, 2005

lagi seminggu nak raya

hari ini 21 ramadan

pagi tadi aku tersedar jam 3 lagi....aku lupa pulak hari ni hari selasa....baring2 jap....sejuk la katakan. tetiba sedar2 semula dah jam 4 pagi. kelam kabut la aku ke dapur. masak nasik, goreng ayam, goreng tempe je....kuah kari ikan semalam masih berbaki, boleh la anak2 aku makan ngan nasik. Farhan macam biasa la, orang lain makan sahur sejemput, dia makan sepinggan...hehehe.

pagi ni juga aku setelkan duit kuih, rm300 semuanya....adoi. dah la dapat duit raya ciput, baju bebudak, duit raya lagi....grrrrrr...rasa cam nak bom je rumah bos aku.

Tensen...tensen....aku nak berpantun la plak bagi ilang tensen duit raya tak cukup nih.....

Budak-budak main bunga api,
Mak budak buat taik mata,
Time raya kita hepi,
Lepas raya berdukacita.

Disini raya di sana pun raya,
Raya hanya setahun sekali,
Camana aku nak raya,
Baju raya tak pegi beli.

Petang hari main wau bulan,
Lepas itu kita berbuka,
Orang kata raya sebulan,
Aku pulak sibuk qada puasa.

Pegi ke pasar membeli ketupat,
Ketupat dimakan bersama rendang,
Hari raya kita makan ketupat,
Pastu kita makan la lemang.......hehehehe

Selasa, Oktober 25, 2005

minggu terakhir kerja bermula hari ini

Minggu terakhir sebelum cuti raya....

hari ni aku sedar awal jam 3.30 pagi gara-gara 'Aina merengek. aku buat sup ayam je utk sahur pagi tadi sebab sayur campur dan ikan goreng juga ikan pekasam semalam masih ada berbaki. Dipendekkan citer....sesudah antor farhan dan dekna ke sekolah pagi tadi, aku terlelap dalam keta.

Sedar2 je dah sampai depan opis, hahaha....asben gerak dan bagi duit.....ok la tu.....kantoi beb!

Jumaat, Oktober 21, 2005

Tadi masa lunch time tak tau nak buat apa. Baca paper kisah Allahyarham Datin Sri Endon dgn Fiza. Pastu Fiza naik atas, walap lepat pisang....hehehe.....aku continue membaca.

Bila Fiza dah turun, dia layan game, aku download ym kat pc baru kat bawah tu. Sementara donload ym, aku terlelap..zzzzzzz......Bila sedar je aku dengar kak gayah tgh stori fasal harga kuih almond london kat kitorang...blur. he he he....

Kawanku kahwin dgn ex-bf aku

Masa aku bekerja di PTS dulu, ada la officemate aku tu namanya Juhaida Abdul Jabar. Cantik orgnya. Putih melepak....tapi aku suka la, walaupun dia sebaya dgn adik aku Nana, tapi boleh ngam ok la tu. Masa tu aku belum kawin. So, aku selalu gayut dgn boyfriend aku, Hash. Bila dah lama borak, aku pas kat Ju suh dia borak pulak. Selalu la gitu, tak sangka pulak akhirnya dorang berdua akhirnya menjadi suami isteri yang sah...ok lah tu.

Pengenalan

Nie la kali pertama aku menulis dairi sejak berkahwin....lama tu. Dulu-dulu masa sekolah abah aku yg memula bagi aku dairi masa aku dajah 3. Pastu aku pun tulis la apa yg patut....tapi tak confidential sangat la. Aku selalu tulis yg ringkas-ringkas je....takde idea la. Bila nak tulis panjang2...mula la aku terpikir, nak tulis apa? kalau orang baca tak ke haru....he...he...he. so, bila aku berpikiran gitu....otomatik la aku tak jadi menulis....pastu bila kita dah kumpul semua dairi dari tahun ke tahun kan dah jadi banyak. Lelama aku buang, bakar jugak.

Bila dah meningkat remaja, aku mula menulis dalam dairi yang lebih besar. Saiz buku sekolah tu. Yang paling berkesan sekali hingga hari ini, dairi pemberian kekasihku. Perkenalanku bermula semasa aku di tingkatan 2. Waktu itu aku terima sekeping kad ucapan selamat hari raya dan bersetem luar negara. Lama ku simpan kad tu, tak nak balas la...saspen beb. Selepas lebih kurang 4 bulan dalam simpananku, akhirnya aku balas salam perkenalan dari lelaki itu yang bernama Rosli bin Talib. Selama 3 tahun kami menjalinkan hubungan sebagai kawan akhirnya dia lafazkan keinginan untuk menjadi kekasihku. Sejak aku declare je jadi kekasih dia, aku sering menerima bermacam-macam barang pemberiannya dari Cairo termasuklah dairi.....saban tahun. Kami sering berutus surat setiap 2 minggu sekali. Kira 'WORLD' gak tu. Tapi akhirnya bukan jodoh kami, aku akur.......hehehehe......inilah kehidupan