tahun ini adalah tahun ujian buat kami sekeluarga selepas mengalami kesedihan pada mei 2007. inilah putaran hidup, sesekali dilambung ombak...bagi insan yang beriman haruslah tabah menghadapi situasi getir, tak harus cepat mengalah.
abah telah disahkan mengidap kanser dan diikuti dgn akem adikku. serasakan hendak tercabut jantungku menerima qada dan qadar ini tetapi inilah dugaan buat kami yang harus kami terima.
Ya Allah, Engkau Maha Besar dan Engkau Maha Berkuasa ke atas kami semua makhlukmu. Berikanlah kami kekuatan sementara kami masih bernafas di atas bumiMu ini....
Rabu, September 22, 2010
Isnin, Julai 12, 2010
hampir setahun tidak menjenguk blog
hampir setahun aku tidak menjenguk blog ini, tidak membuat apa2 catatan di dalamnya, tidak memasukkan gambar2 di dalamnya, mungkin sejak adanya facebook. rindu juga aku utk menulis, kini aku menulis kembali untuk menyatakan bahawa aku masih lagi tidak melupakan blog kesayanganku ini....
berbagai kisah yg tidak dapat kunukilkan lagi disini cuma aku menulis untuk melepaskan kerinduan dan keinginan untuk mengupdate blog.......
hingga berjumpa lagi blogku....
berbagai kisah yg tidak dapat kunukilkan lagi disini cuma aku menulis untuk melepaskan kerinduan dan keinginan untuk mengupdate blog.......
hingga berjumpa lagi blogku....
Selasa, Oktober 20, 2009
Jumaat, Mac 20, 2009
ekspedisi gua tempurung @ 14 mac 2009
sabtu yang lalu iaitu pada 14 mac 2009, kami ahlil pnfl bersama kebanyakan ahli keluarga staf pnfl telah menyertai ekspedisi gua tempurung. perjalanan yang dijangka bermula jam 7.30 pagi tidak berjaya kerana masalah kelewatan peserta dan sedikit masalah teknikal.
kami tiba di gua tempurung pada jam 11 pagi. aku membawa farhan bersama untuk dia alami kelasakan dan dalam masa yang sama dpt melatih dirinya yang kurang bersenam. kami memulakan ekspedisi dgn memasuki gua dan berjalan didalam air sungai yang mengalir didalamnya. suasana persekitaran yang gelap dan agak berbatu meningkatkan rasa kegembiraan dan apa bila kami melalui lorong2 bwh batu sangat menerujakan. ada juga aksi2 yang agak lasak dan memerlukan kesabaran yang tinggi seperti memanjat batu yang tinggi, meluncur dari atas batu ke bawah dan juga mendaki tangga yang tingginya melebihi 700 anak tangga. didalam gua juga terdapat berbagai batu yang membentuk berbagai arca diantaranya wanita hamil berambut panjang, berbagai bentuk haiwan, ada batu kristal dan tulisan komunis di dinding tinggalan tahun 1959.
kira-kira jam 2 petang kami keluar dari gua dan mandi, solat serta makan kerana jam 3 petang kami akan ke hot spring pula. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke sana. nama tempat kunjungan kami itu ialah Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah yang terletak di Sungkai Perak. di situ kami mandi-manda di kolam air panas. terdapat berbagai jenis air panas yang keluar dari bumi. terdapat kolam2 yang disediakan untuk mandi, ada yang disediakan khas untuk merebus telur dan ada juga khas untuk merendam kaki. lebih kurang jam 6.30 ptg kami bergerak pulang ke kl dan sampai di kl jam 8.30 malam.
p/s: gambar di hot spring tak ada, beginilah jika harap ihsan camera org.....
Rabu, Februari 04, 2009
sebulan berlalu.....
YA, sebulan berlalu setelah kali akhir aku update blog. kerana apa aku tak update blog? salah satunya takde apa cerita nak dikongsi dan takde ilham utk ditulis kerana itulah aku tidak mengeluarkan sesuatu untuk dikongsi di blog kesayanganku ini.
kini setelah agak lama bercuti (10 hari) bermula 24 januari 2009 sehingga 2 februari 2009 sempena chinese new year dan hari wilayah, barulah aku melampiaskan rindu di blog kesayanganku ini.
pada 25 januari yang lalu aku ke kemaman mengiringi mak dan abah ke kenduri along anak acu bertunang buat kali kedua. malamnya kami tidur di kuantan, rumah acu. apa lagi aktiviti yg ada kalau dah berkumpul ramai2 melainkan makan, makan dan makan.
esoknya selepas sarapan kami bertolak balik ke kl lebih kurang jam 10 pagi dan tiba di melawati jam 2 ptg.
kini setelah agak lama bercuti (10 hari) bermula 24 januari 2009 sehingga 2 februari 2009 sempena chinese new year dan hari wilayah, barulah aku melampiaskan rindu di blog kesayanganku ini.
pada 25 januari yang lalu aku ke kemaman mengiringi mak dan abah ke kenduri along anak acu bertunang buat kali kedua. malamnya kami tidur di kuantan, rumah acu. apa lagi aktiviti yg ada kalau dah berkumpul ramai2 melainkan makan, makan dan makan.
esoknya selepas sarapan kami bertolak balik ke kl lebih kurang jam 10 pagi dan tiba di melawati jam 2 ptg.
Isnin, Januari 05, 2009
selamat tahun baru hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009
salam maal hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009. tahun baru dan azam baru bagi kebanyakan orang. tapi bagi aku, tahun baru atau tidak, tak ada bezanya. yang penting, hidup mesti diteruskan, dan masalah yang datang mesti dihadapi walau apa pun yang terjadi.......
Rabu, Disember 24, 2008
kenduri aqiqah untuk alyssa dan insyirah @ 9 disember 2008
pada 9 disember yang lalu bersamaan 11 zulhijjah yaitu hari raya aidil adha yang kedua, abah dan mak telah mengadakan kenduri aqiqah untuk alyssa afeena dan auni insyirah. aku yang memang seminggu sebelum kenduri telah berkampung di rumah mak, menolong dan menyumbang tenaga menyediakan apa yang patut. mulanya kami mengupah mail untuk memasak menu untuk kenduri tapi di saat2 akhir, mail tak dapat masak kerana nak balik ke bagan serai.
menu yang kami sediakan untuk kenduri tu ialah daging masak kurma, daging masak asam pedas, ikan goreng dan sayur kacang panjang goreng (sayangnya gambar tak dapat dimasukkan kerana tidak diambil ketika itu). manakala gift utk diberikan kepada tetamu ialah pulut kuning beserta rendang dan bunga telur merah.
Langgan:
Ulasan (Atom)